Saturday, January 22, 2011

Misi Pencerahan Nasi Lemak

Umum mengetahui akan prestasi dan populariti karipap dalam pelbagai arena, dari arena per'miting'an hinggalah ke arena fesbuk(klik sini). Perkara-perkara begini merupakan satu perkembangan yang sihat demi memartabatkan industri pemakanan nasional. Namun, adalah amat mendukacitakan apabila mengetahui bahawa industri nasi lemak telah dilacurkan di negeri sendiri oleh sang kapitalis yang hanya tahu mengejar kekayaan.

Babi...kalau waktu pmr gua buat karangan macam perenggan atas kompom gua dapat A Bahasa Melayu. Ok. Berbalik kepada isu nasi lemak ni, gua begitu kecewa dengan perubahan ketara yang berlaku kepada industri nasi lemak dalam jangka masa 4 5 tahun kebelakangan ni. Nasi lemak zaman sekarang dah takda budaya dah sekarang. Dari segi 'packaging' membawa ke 'marketing', semua dah berubah. Dah takda lagi unsur-unsur budaya dalam nasi lemak zaman sekarang.

Pertama, nasi lemak yang berbudaya dari segi pembungkusan haruslah mengamalkan teknik pembungkusan yang akan membentuk sebuah piramid. Ini perkara asas, kalau ia tidak dibungkus dalam bentuk piramid, dikhuatiri barang yang dibungkus itu bukanlah nasi lemak, tetapi nasi kandar, nasi ayam, nasi tomato, nasi putih daging black pepper, nasi ganja atau lebih jahanam lagi adalah ganja. Selain itu, nasi lemak yang berbudaya perlu dibungkus dengan 2 lapisan, sama ada  (kertas surat khabar lama + daun pisang) atau (kertas surat khabar lama + plastik). Adalah satu kesalahan jika ada para pembuat nasi lemak yang hanya mengamalkan teknik pembungkusan satu lapisan, dan adalah lagi bangsat jika ada pembuat nasi lemak ini yang cuba menggantikan kertas surat khabar lama dengan menggunakan kertas soalan ujian diagnostik tingkatan empat. 


bersambung....