Friday, March 25, 2011

Follow Friday

Ok yu gais....bersempena dengan hari Jumaat yang penuh barokah ini, ai akan perkenalkan blog-blog yang sedap difollow. Tanpa membuang masa mari kita teruskan

Nama blog       : JiWa KaCaU (huruf besar dan kecik sengaja dibiarkan tunggang langgang bagi menghidupkan mode funky)

Nama Pena      :  abujaring

Nama Sebenar : Tok Rimau/Brader Jengka/Roysham Noor/King of Keluar dll.

Ulasan             : Seorang penulis yang gemar menerapkan unsur-unsur binatang dalam gaya penulisan. Mempunyai pengalaman dalam dunia perbomohan. Ada sumber mengatakan pernah terlihat penulis di Sadao sedangkan pada waktu yang sama penulis sedang sibuk pekena murtabak di bilik. Sebuah blog yang sarat dengan pelbagai info!

Thursday, March 10, 2011

pengalaman cuti hujung minggu #1

Salam 1 Malaysia.Peh, dah lama juga tak mengupdatekan entri-entri bermanfaat dekat sini.Kali ni gua akan mempersembahkan entri yang agak menarik dan sesuai dibaca oleh khalayak umum.Cewahh.Pengalaman-pengalaman bercuti gua bersama kutu-kutu serumah mahupun jiran tetangga yang sibuk nak memfolow kitorang bercuti akan diketengahkan dalam entri kali.

Masa minggu pertama,sem  bila gua dah lupa.Kitorang mengatur strategi melancong yang tepat dan padat.Percutian kami hanya sehari semalam saja.Pergi dah sampai malam, esok petang dah angkat kaki chow.Destinasi kali ini ialah Langkawi.Yang paling seronok nak pergi sini si brader Klang tu.Dengar saja Langkawi senyum sampai sepet-sepet biji mata.


     *Aksi budak Sepang ketike di Air Terjun Telaga Tujuh.Dia punya tinggi gua ingat sekali seumur hidup je gua naik.Lain kali pergi tak payah nak ajak gua dah.



                           *kali ni budak Perak pulak kasi posing.....









*Diatas puncak gunung.Kitorang sampai pun guna kereta kabel la.Kalau nak panjat sendiri-sendiri sampai kiamat pun belum tentu sampai lagi.Lagi-lagi si brader Klang tu.Tak gitu Brader Klang??



  *ni joki tiket kitorang.Bab-bab beli tiket ni memang beliau handal sekali.Lagi handal dari ulat tiket.




 *time ni dekat Pekan Kuah.Masa baru-baru sampai tu masing-masing tengah lapar tahap naga.



balik saja dari percutian tu, masing-asing terbongkang macam kera kena tembak dahi.Tak rugi kalau korang semua pergi bejalan macam kitorang.Kalau rugi pun korang yang punya pasal, bukannya gua.kahkahkah.

seminggu yang sibuk

30/4
- my last paper.O.k cun.Balik ni gua terus kasi packing barang-barang, lepastu boleh cau.(gua pasang niat)
Sampai saja dekat rumah,gua lepak kejap sambil bace komik onepiece.Selang beberapa detik,muncul seseorang datang menyapa dari arah  belakang...

 "beb bessok pi Penang nak. Aku dah cukup 4 orang ni. Tunggu ko 'on' jer baru cukup korum." -kata sipolan tak berbelah bahagi.

  gua:   orait..orait....sehari jer kan. Takpa gua boleh tangguh dulu urusan balik kampung gua tu dulu.



*************************************************


01/5
-Hangout  kat Penang sampai kembung perut (makan angin punya pasal). Dah la naik kancil 5 orang.Sekor-sekor badan macam geng penarik kereta.Memang cilake perangai.Sikit selesa pun tak terasa.


02/5
 - Selesai makan angin kami terus pulang ke rumah sewa.Gua lepak dekat satu sudut dalam rumah.Sebatang rokok dicucuh bagi meredakan keletihan.

"Dah boleh nak balik kampung rasanya ni.Urusan semua dah selesai."

 "Ah..besok pagi je la packing barang.Huh, badan ni tak hilang lagi letih."
-pemikiran gua tiba-tiba berubah. Gua jalan menuju ke kamar.Apa lagi tidur la dulu...(10.00p.m)


****************************************************


03/5
- Tepat jam 12.00p.m.Wah leganye rasa.Boleh la siap-siap  nak balik ni.Tak  sabar rasanya nak mengadap orang tua  kuni.Awek-awek  kat kampung pun dah lama menunggu kepulagan gua.Asyik bermesej jer,ape barang brader.Baru saja gua capai towel belang-belang gua yang sangkut di kepala katil,datang satu mafia changloon(rahim).Cilakak, potong stim betul la mamat ni.Terus hilang niat nak mandi gua.

  "Bu, jom pi teman kitorang gi jalan-jalan kat bukit ayer jap.Saja nak bawak jalan budak-budak Johor nie.Diorang dah nak balik  petang nie.Boleh kite gi cari harum manis skali.Amacam??"


Dengar saja harum manis.Perghh!!! memang cair gua.Dah la pelam ni jenis limited edition.Rugi benar kalau gua tak pergi.
  
gua:  "o.k..o.k... Gua 'on' .Jommm......(tertangguh lagi satu hari nampaknya misi balik kampung gua tu.(takpe takpe  kawan-kawan  punya pasal)

'Setel' je  mandi-manda di Bukit Ayer, kami gerak menuju  ke lokasi jualan harum manis yang paling tip-top di Perlis.(FAMA)


- di FAMA...
                              
   " bang harum manis ada lagi tak?? -tanya si Rahim.


-En.tersebut:  tanpa menjawab sepatah haram pun. Beliau hanya mengangkat notis bewarna kuning   [jualan harum manis sudah tamat untuk sesi 2010] ....sekian..


(Terdetik dalam hati gua).. Cilake pakcik nie.Belagak nak mampus.Macam mahal sangat suara tu.Nasib baik aku tak buta huruf.Perjalanan tetap diteruskan menuju ke kedai-kedai  penjaja di bahu-bahu jalan.Jumpa saja terus gua pergi usha.Pergh...biasa je pelam nie.Gua ingatkan macam durian ke,anggur ke.Apa yang unik sangat samapi heboh satu Perlis ni.


  " bang satu kilo berapa???cun buah-buah nie.Segar lagi nampak. (gua ambil hati sikit)
      
   "RM 13.Nak yang mana???-penjual


*ni la pelam harum manis yang  hangat diperkatekan tu.Mungkin buah ni ada ter'list' dalam 7 benda terajaib didunia .Brader seller tu cakap ni gred 'A' punya.(tak tahu la betul ke tidok)


 'Pergh'!!!....memang mahal.Bukan agak mahal lagi.Lima biji member gua angkat dah capai RM40.Memang dahsyat betul  buah nie.Memang UNIk!!! Tak dapat disangkal lagi.Konpem gua tak kan lupa punya' this moment' .Gua memang ada niat juga nak beli tapi apakan daya dalam  poket gua ada RM10 jer...


*********************************************************


04/5  
-Cun ..hari nie memang konpem gua akan balik kampung punya.Ramai gadis-gadis dah bising tanya "bang, bile nk blk nie??  ?...".Cewwaahh..Ini  yang membuatkan hatiku makin membuak-buak nak pulang ke home town..Macam biasa-biasa la.Bangun tidur saja dah tengah hari.Gua terus settlekan semua barang-barang.Tup..tup  dah senja sudah.O.k, gua ingat nak gerak kerumah Pak Cik gua dulu kat Kedah malam nie.Sementara menunggu malam, gua kasi on9 sepam dua kejap .Fesbuk mana boleh tinggal bai.Sehari tak pekena macam tak makan nasik pun ada gua rasa.Memang dahsyat betul la menatang ni.

  'tut'
   -chat kt bawah :-

   "beb jom p tengok wayang.Malam nie ceriter best....iron man tu...rugi tak pegi tengok.."

 Cis senior gua rupanya.Ingatkan dah balik.Bunyi macam sedap juga kalau tengok iron man nie.O.k la.Gua 'on' lagi.Ni dah kali ke3 gua tak menghampekan harapan orang sekeliling.

sekilas pandang:-
*nampak gayanya gua memang tak ditakdirkan untuk balik awal sem nie.
* hari-hari member gua tanye: "woi ko nak balik bile???Dan sudah  4 hari juga gua guna ayat yang sama 'esok kot'...
*memang berhantu la ayt ni gua rasa.Sumpah gua takkan guna dah ayat ni bila 'coming soon' punya cuti...

Tuesday, March 8, 2011

Deepshit

  Deepshit yang gua maksudkan bukanlah 'taik dalam' mahupun berak dalam seluar. Deepshit adalah keadaan gua sekarang. Dalam hayat gua, jarang-jarang deepshit ni berlaku. Bila gua dah deepshit (nota: bukan berak dalam seluar), semua kerja tak menjadi. Nak basuh baju, tidur, main seksefon, sikat rambut, masak gulai, semua jadi serba tak kena. Silap-silap hari bulan orang bagi salam pun gua ongbak. Gua juga yakin u'oll pasti akan bertindak sedemikian rupa kalau berada dalam situasi gua sekarang. Perkara deepshit memang benar-benar membuat diri gua lemah. Lagi lemah daripada menjawab soalan Circuit Theory 2. Tahap kebal gua kena belasah dengan satu blok metrik pun hilang. Babi Babi Babi.


Sebenarnya gua menyesal jugak usik-usik geraham kanan belah atas itu hari. Gua syak dah berlubang dah ni.


Apa-apa hal gosok gigi dulu baru jumpa doktor. Kbai.