Tuesday, December 14, 2010

Tuesday, November 2, 2010

Dosa & Pahala Mark Zuckerberg

Mark Zuckerberg itu yahudi. Ya, gua tahu. Barang siapa yang tak tahu mungkin dia antara golongan-golongan yang tak pernah cemuih baca MalaysiaKini atau ralit membaca TukarTiub. Ok. Malas nak tulis panjang. Macam ni, lu orang yang berdakwah dengan menyebarkan note-note agama atau membina page-page Ustaz mahupun Ustazah dekat Facebook ni nak kira macam mane? Mark nye bahagian nanti agak-agak dapat tak kat akhirat nanti?


Dosa dan pahala hanya Tuhan saja yang tahu...

Wednesday, October 27, 2010

Ujian

Gua mulai sedar yang semester tiga ni, semua hal-hal ujian gua buat acuh tak acuh. Daripada ujian matematik hingga ke ujian micro-c, boleh dikatakan semua gua redah dengan otak yang kosong. Umpama seorang askar yang pergi berjuang ke medan perang tanpa sebarang senjata begitulah juga gua. Cuma beza gua dengan askar tu ialah gua lepas abis ujian masih lagi boleh hu ha hu ha, askar pula paling bangsat kudung sebelah kaki boleh dikira bernasib baik.

Ok, macam ni dalam pukul 8 malam nanti gua ada ujian instrumen. Sekarang dalam pukul 6 pagi gua baru sampai main 1/3 game playoff NBA ni. Kalau gua dapat trofi dalam sekali try, gua nazar khatam satu buku instrumen. Ok, gua takda masa.

Tuesday, October 19, 2010

Sampai tempat bas, bas kasi asap,
sampai lab, barang-barang dah habis,
dapat markah test, 9.5 daripada 60,
present math, merapu macam org gler
muka senyum, dalam hati sape yang tahu,
tolong jgn bagi saya masalah lagi Tuhan,
tolong...

Wednesday, October 6, 2010

Money, Sex, and Politics

Pada suatu hari, Hafifi Kamal menjemput gua melepak. Gua mula risau, bila kawan lama yang betul-betul lama tak melepak sekali tapi secara tiba-tiba mahu melepak bersama, ada dua perkara saja yang mahu diajak. Pertama, Hafifi Kamal mahu menarik gua menjadi downline  MLM. Kedua,Hafifi Kamal mahu menjemput gua ke majlis perkahwinan beliau. Dalam kes ini, perkara kedua boleh ditolak tepi sebab Hafifi Kamal yang gua, kenal lagi tak senonoh daripada gua. Jadi, gua teruskan saja jemputan Hafifi Kamal tu.

************************************************

"pum pang pum pang pum pang pum pang pum pang student power pum pang pum pang"

"pum pang pum pang pum pang ayat terakhir surah Al-Kafirun pum pang pum pang pum pang"

Gua mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju dengan Hafifi Kamal sambil mata menghadap skrin kedai mamak yang sedang menayangkan cerita Mall Cop. Hafifi Kamal terus berhujah.

"pum pang pum pang pum pang pencerahan pum pang pum pang pum pang pum pang"

"pum pang pum pang pum pang falsafah dan politik adalah dua dua entiti yang terlampau besar kontradiksinya pum pang"

Gua cuba mencelah, 

"Bon, lu bukan dah habis ke foundation?"

"Belum lagi, gua kne repeat lagi tiga paper" jawab Hafifi Kamal antara dengar tak dengar.

"Eh, menteri besar perak yang kena tipu tu dulu pangkat Ir. eh Bon...."

Hafifi Kamal terus menarik muka ke arah skrin.

Friday, October 1, 2010

Sweet Revenge

Petang ni panas. Panas seperti petang-petang yang lain. Waktu-waktu panas macam ini mase gua cuti sekolah dulu, gua da macam cacing kepanasan. Rancangan di televisyen gua ubah-ubah siarannya dari TV1 ke TV2, TV3 ke NTV 7, dan  8TV. Waktu tu gua baru 14 tahun, tingkatan dua lagi muka tak macam berader-berader langsung. Makwe-makwe sorang pun tak berkenan. Dalam kepanasan petang, gua membuat keputusan yang panas. Kak Gayah takda dekat rumah, pergi pengajian kaum ibu. Lima ringgit daripada purse Kak Gayah gua pindahkan ke purse gua. Sekarang purse gua sudah berisi, berisi dengan lima ringgit, syilling-syilling, kad pengenalan, dan business card Dragon Ball yang tertera nama Amirul Amin.

***********************************************************************************

Setengah jam kemudian, gua dah berada di Cyber Cafe. Waktu tu gua tak reti lagi bukak internet. Setakat ada emel dengan ym. YM pun ada dalam tiga orang je contact list. Cilake. Daripada gua kena belasah main Counter Strike dengan Cina, baik gua main game Tony Hawk. Dalam 20 minit gua main game ni, dekat tiga kali gua dapat buat The 900. Tiba-tiba ada tiga orang skinhead duk lepak sebelah gua. Skinhead-skinhead ni memang muka regular dekat CC ni. Selepas sembang dan lawan knowledge dengan tiga skinhead ni, gua beredar. Beredar dengan keadaan yang bengang dan poket kosong. Bas luar gua naik tanpa bayar tambang.

************************************************************************************

Sampai dekat rumah, gua terus telefon balai polis Kuale.

"Hello, balai polis pelabuhan klang ke?"
"Ye, bole saya bantu?"
"Gua nak buat laporan ni, ada satu kedai judi kuda dekat area Ocean Port Klang, tadi dalam 20 minit lepas gua ada nampak ada budak-budak sekolah melepak dekat kedai tu. Gua harap lu orang (polis) boleh buat rush sekarang. Kalau boleh tangkap sekali budak-budak sekolah tu."
"Terima kasih encik, boleh saya tahu nama encik?"
"Err....nama gua Muhsin....Muhsin Deraman."

 Gua terus letak ganggang telefon.

***************************************************************************************

Beberapa hari kemudian gua ke Cyber Cafe same sekali lagi. Kedai kuda di sebelah gua nampak tutup. Lampu hijau depan kedai tu pun tak menyala. Gua tersenyum. Gua masuk ke dalam CC pula, gua perhati seamat mungkin, skinhead-skinhead hari tu pun dah takda. Mungkin inilah apa yang selalu dikatakan orang, "Sweet Revenge". Gua tersenyum lagi.

Monday, September 6, 2010

Hutang-piutang 2

  Asal raye je orang pening kepale sebab banyak hutang, hutang perabot la, kereta baru la, nak bagi duet raye pon ade yang wat loan, tak bagi kang orang cakap sengkek plak. Nasib baik gua jenis yang beringat. Bil-bil sume gua da setel awal-awal lagi. Installment Jaguar XK hijau (klik: sini) gua setelkan terus untuk tiga bulan yang kedepan.

  Esok, Insyallah kalau ada masa gua nak singgah Alliance Bank kejap. Nak setel hutang rumah musim panas gua kat Stockholm. Ada baki 98 000 lagi gua hutang dengan bank. Alhamdulillah tahun ni baju raya gua takda hutang-hutang dengan tailor. Lu orang paham la, berhutang dengan orang Itali ni bahaya sikit. Silap-silap hari bulan nanti ada je konco-konco Al Capone datang ugut-ugut gua.

  Cerita gua berhutang dengan orang da selesai. Sekarang ni cerita orang berhutang ngan gua pulak. Sebenarnye gua bukan jenis suka berkira sangat, setakat orang hutang gua dua tiga ribu gua tak kisah sangat. Tapi kalau dah sampai tahap juta-juta gua kena berkira.

  Sebulan sebelum puasa hari tu Robert Kuok hutang gua lima juta. Kes kalah maen poker dengan gua dekat Genting. Ananda Krishnan pun same, bil letrik maxis dah tiga bulan tertonggak. Alih-alih gua jugak kena advance tiga juta gua. Syed Al-Bukhari lagi satu, nasib baik dia hutang gua tak banyak. Setakat hutang budi kirim beli makanan untuk sahur.

  Ah, lu orang yang berhutang dengan gua ni gua harap paham-paham sendiri. Jangan sampai gua keluarkan Hadis kejap lagi.

*cilake....hutang dengan budak-budak universiti siam da nak dekat rm200....mane gua nak cekau duit ni.


  

Thursday, September 2, 2010

Hutang-piutang

Asal raye je orang pening kepale sebab banyak hutang, hutang perabot la, kereta baru la, nak bagi duet raye pon ade yg wat loan ...tak bagi kang orang cakap sengkek plak...ntah camne  gua pon terjoin sekaki plak ngan geng2 underdog nie...celake tol...raye dah dekat, hutang ananda krishnan x langsai lagi(broadband maxis), utang mercun ngan kaki tarik kerete plak lagi (rahim changloon & salman palapes), utang budi gua tumpang  pokka naek kete gi kelas pon tak setel lagi...cilakak, banyak pulak gua utang orang time nak dekat2 raye nie...tu tak masok utang makan free kat hot cafe lagi...perghhh...dalam poket just nice nak bayar zakat je...memang tak berseri la raye gua taon nie.....

*faking.....gua bajet nk wat status fesbuk gua tp panjang cam haram la plak....memang tak ngam kalo djadikan status cam nie...

Wednesday, September 1, 2010

Tahun 2007

Gambar ni belum tahap rare mane pun tapi berader-berader dalam gambar ni memang rare.
Dari kiri Piji(dismissed UiTM S.Alam), Farabi(2 kali dismissed UiTM Jengka),   Zakwan(dismissed Matrik Pilah), Pojan(sibuk dengan buah hati UIA), Syed(bakal dismissed Foundation UIA), gua(dismissed Matrik Pilah), Zul @ Ayen (sibuk dengan makwe Rawang), Bamin (siam changloon tapi sibuk cakap ganu)



Monday, August 23, 2010

Society Bazaar Ramadhan

"Lu tak nak pakai helmet ke?" anak lecturer cube mengajukan soalan usai melihat gaya gua yang lenggang.
"Kitorang orang kuale laaaa...," gua menjawab sambil jari telunjuk di tuju berulang-alik ke arah dada gua dan brader Roysham. Berader Roysham tersengih jijik sambil bermain-main dengan rambut beliau agar kelihatan seakan-akan Alehandero.
"Moh kite, dah 7.15 takut nanti habis lak makanan kat bazaar," ucap brader Roysham sambil melepaskan sisa-sisa bau rokok John. Gua hembus nafas melalui mulut untuk bilas balik bau rokok John yang keluar dari mulut brader Roysham. Bau rokok pun hilang dan bertukar menjadi bau kasturi semerbak harum mewangi....
 

Tuesday, August 17, 2010

Serius

Klik sini.....

Tarik nafas........ok. Amacam? Ni nak tunggu dia nye plan suicide depan Amcorp Mall ke nak tunggu kitab dia siap?

Ok.......gua harap abang-abang kawasan semua boleh start cari anak buah. Ni hal serius. Sekali lagi. Serius.

Lagi serius dari kes awek adik beradik lari cari pakwe lain mahupun kes budak-budak buka buah dalam youtube.

Saturday, August 14, 2010

Bila Bosan

Selepas menjadi bangang seketika gara-gara menonton Tekken gua sempat mencuri masa untuk FB. Ada lebih kurang sejam sebelum internet ditutup untuk memastikan internet yang slow menjadi kurang slow. Tetingkap folder movie gua pangkahkan dan ikon firefox gua klik dua kali. Ruangan address gua taip F dan terus gua klikan perkataan Facebook yang keluar. Macam cilake teknologi yahudi ni. Notifications yang berjumlah 17 gua hiraukan sebab takda satu pun yang datang dari makwe-makwe. Tiga new messages daripada KL Party gua delete sambil mencarut. News Feed gua usha sekali lalu je. Bosan. Tiba-tiba nama member Sg Sireh naik dekat ruang chat sambil bagi link gambar budak tak hensem posing hensem. Lepas bertukar-tukar beberapa das kutukan yang mantap dan membina, member Sg Sireh diam. Gua bosan. Gua usha recommended page gua nampak perkataan Gardening. Gua klik perkataan Like lalu bangun dari kerusi plastik dan capai Tafsir Quran.

Friday, August 13, 2010

Ini Bukan Bahan Bacaan StraightEdge



 Masuk hari ini, sudah lapan bulan tiga belas hari The Rev mati. Namun alunan muzik yang indah akan terus  hidup selamanya.

"I hope it's worth it, what's left behind me, yeah
I know you'll find your own way when I'm not with you"

*Lagu ni gua dapat tahu direkod beberapa minggu sebelum mamat Rev tu mati. Waktu tu dorang (M.Shadows and Rev) saje-saje jamming bodoh. Thats why all u can heard is just fucking drum stroke and piano.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan

Tak banyak yang boleh gua kupas mengenai Ramadhan. Selain beberapa series makan kuih raya di tengahari, gua rasa Ramadhan waktu dekat sekolah jugak yang paling true.

Ramadhan waktu dekat sekolah jugak la gua mula berkenalan dengan cinta hati gua.



Monday, August 9, 2010

Abang Mat Ketum & Kak Mah Kutum 2

Jarum panjang dan pendek jam di dinding baru mencecah ke angka sepuluh. Mentari sudah terik menyinar di segenap Kampung Bagan Tambahan. Walau bagaimana pun, rumah AMK dan KMK sudah pun hinggar dengan jerit-pekik yang berpusat dari master bedroom. Kak Kiah Kelapa (3K),jiran paling hampir dengan rumah AMK dan KMK hanya mampu menggelengkan kepala sambil berkata dalam hati-"Tak serik-serik depa ni...."

"Huuuuuuuuuuukkkkkkkkkkk...........aaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh.......," KMK menjerit padu sekaligus dilepaskan segala kudrat yang berada dalam tubuhnya. Selang beberapa detik KMK menjerit, bunyi kayu patah pula kedengaran atau lebih tepat lagi katil patah.


"Weeeehhhhhuuuuuuuuuuuu!!!" KMK menjerit sekali lagi dengan ridem yang girang. Pintu master bedroom dikuaknya dan KMK melangkah bangga keluar dengan baju kelawar purple. Lencun busana kelawar KMK gara-gara game sebentar tadi.

AMK terkulai layu. Layu selayu layunya diatas runtuhan katil gara-gara rock bottom KMK.


Sambil membetulkan kembali elbow guardnya, KMK berjalan ke arah dapur. Diteguknya air suam segelas.
Beliau tersenyum puas.

Tiba-tiba......
(Kamera jadi biru 3 saat and view bertukar ke arah master bedroom.)

AMK bangun sambil mencapai kerusi lipat. Kerusi lipat diheret AMK sampai ke dapur. KMK sedang sibuk mengupas-ngupas kulit pisang. Tak puas barangkali. AMK dengan sekali nafas menghembas kerusi lipat tepat ke belakang KMK. KMK pengsan.......

(Kamera bertukar view sekali lagi.....)

3K yang sedang sibuk memarut kelapa menoleh ke belakang sambil berkata......"pliss don trai dis at home".

(View kamera bertukar biru.)

Tuesday, August 3, 2010

Gusar

Cuma ada 3 perkara dalam dunia ni yang mampu buat gua gusar:
  1. Time Kak Gayah tanye rezat pekse gua.
  2. Nak berak tapi tandas penuh dan taik da 1/8 inci terkeluar
  3. Kejap lagi.....


NotaGusar :-

Katil Mie dah dua malam mengganas. Mangsa-mangsa pula semua stok yang jahanam. Masalahnya sekarang gua boleh lak volunteer nak jadi mangsa seterusnya kejap lagi. Harap malam ni paling hell pun hantu tu takda la sampai main isap kopek kalo ye pun nak kacau gua.

Monday, July 19, 2010

Abang Mat Ketum & Kak Mah Kutum

"Abaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangggggggggggg!!!!!!!!!"......teriak Kak Mah Kutum (KMK) memecah kehangatan pagi.
"Heh.........apa ni.."...Abang Mat Ketum (AMK) bangun dari sofa sambil mengtunekan kembali kain pelikat dan menutup televisyen yang sedang menayangkan rancangan Totally Spies....."pagi-pagi lagi dah menjerit-jerit ni........kalo iye pun awak minat The Rock......tunggulah malam Jumaat nanti,"....tambah AMK lagi.
"The Rock kepala bap*k abang!" KMK menjengilkan matanye sambil menunjukkan baju kemeja Paul Smith AMK.
"Ni lipstik sape ni bang???!!!"...."Lipstik jande mane ni hah???"

Lipstik purple jelas kelihatan di kolar kemeja P.S AMK.

"Eh....awak ni betul-betul dah gile eh???"...AMK menyoal.
"Itukan lispstik awak Mah oi....."
"Abang jangan nak menipu!"
"Sumpah Mah.....itu lipstik awak Mah..."
"Dah...dah....jangan nak bagi alasan......pergi tunggu saya kat dalam bilik sekarang!"
"OK!".....AMK berlalu pergi sambil mengtunekan kembali kain pelikat beliau, barangkali ketat kain pelikatnya.

Wednesday, July 7, 2010

cerita world cup

Sejak kebelakangan ni gua agak bizi. Musim cuti sekolah gua boleh dikatakan "berisi" dan "berfaedah". Selain sibuk menguruskan hal-hal syarikat Gemilang Teguh Sdn Bhd bersama Aziz Singah, gua juga sedang giat berlatih silat bersama Pak Latib Burgiba. Yang sebenarnye gua betul-betul takda masa sekarang, ini pun kes gua mencuri masa sebelum nonton Piala Dunia yang mane sudah hilang seri nye. Hilang seri nye gara-gara team feberet gua kalah awal. Juga beberapa faktor hilangnye seri Piala Dunia kali ini ialah seperti ini dan juga ini. Gua harap tahun ni Hungary menang world cup.


notaPialaDunia :-

  1. Aziz Singah ni sebenarnye usahawan Melayu yang berjaya kerana sudah 20 tahun berkecimpung dalam arena sembang juta-juta ringgit di dalam drama Melayu.
  2. Kalau ada majalah-majalah yang buat rengking "Man with Lovely FaceHair" gua rase Latib Burgiba boleh jadi Johan. Naib Johan jatuh pada Diego Maradona.
  3. Yang sebenarnye World Cup tahun ni gua sapot Selangor.

Friday, May 21, 2010

Perlanggaran Bintang Neutron(Cinta adalah Selamanya)

Aku telah mencari Kamu ketika kamu di dalam misi~~

Lalu hati Kita bersatu laksana Perlanggaran Bintang Neutron ~~

Tiada apa lagi yang harus Aku hilang ~~

Kamu telah meluangkan masa untuk memilih ~~

Lalu tanpa rasa takut dan gentar Kita memberitahu sesama Kita ~~


Cinta Kita akan selamanya ~~

Dan, jika Kita mati, kita mati bersama ~~

Namun Aku menafikannya ~~

Kerana cinta Kita akan selamanya ~~


Dunia musnah, begitu juga garisan Halo yang tidak berkilau ~~

Kita cuba membawa perubahan, namun tiada siapa yang mendengar ~~

Pujian kepada para pengkhutbah, palsu dan bangga ~~

Doktrin-doktrin mereka akan keawang-awangan ~~

Lantas mereka menghilang laksana titisan salji di lautan ~~


Cinta itu selamanya, Kita akan mati ~~

Kita akan mati bersama ~~

Namun Aku menafikannya ~~

Kerana cinta Kita, boleh selamanya ~~


Sekarang tiada apa yang Aku harus hilangi ~~

Kamu telah membuat pilihan ~~

Aku akan memberi tahu tanpa rasa takut ~~


Sesungguhnya cinta Aku selamanya ~~

Dan Kita akan mati, mati bersama ~~

Namun, akan Aku nafikanya ~~

Kerana cinta Kita adalah selamanya ~~


*******************************************************************************

rembatan ikhlas daripada lagu terbaru Muse "Neutron Star Collision (Love is Forever )"

Wednesday, May 19, 2010

Cita-cita

Cikgu sekola rendah: Lu da besa nak jadi apa??

Gua                         : Ustaz atau pensyarah atau saintis.

********************************************************

Cikgu skola menengah: Cita-cita lu apa?

Gua                            : Gua nak buat video game. Gua nak buat
                                    game sport. Badminton dengan takraw.

**************************************************************
Itu cerita mase gua beringus lagi. Tapi beringus2 gua pun, gua still ada cita-cita yang gempak dulu. Ok. Pasal nak jadi Ustaz 2 kes kaum2 ibu kat uma gua tengah musim hantar anak masuk skola asrama agama. So, kak gayah pun macam tanak kalah. Syukur musim hantar anak masuk skola asrama agama habis mase gua nak naek skola menengah.

Sekarang gua dah dewasa. Gua dah tahu apa gua nak bawak dalam hidup gua. Start esok, gua nak karang buku. Gua nak karang buku pasal history gangster Melayu. Gua harap McGraw Hill tarahal nak kawtim ngn gua kasi publish buku gua nanti.

Sunday, May 16, 2010

16 mei

Agak tak manis kalau gua tak menulis hari ni walhal hari-hari lain seperti Hari Keamatan dan Hari Menuai selamber je gua menulis. Walaupun 16 Mei ni bukan harijadi Karl Marx mahupun Henry Ford, gua tetap kene menulis juga. Hari Guru bagi bahasa standard Hari Cikgu pula sebutan bagi budak tabika, Hari Pendidik stok untuk sambutan kat universiti.

Walaupun dah banyak cikgu yang mengajar gua, dari Taman Asuhan Kanak-kanak Islam hingga la ke IKBN kuale perlis, ada satu je cikgu yang gua respek dan gua jadikan idola sepanjang hayat. Ciri-ciri yang patut ada pada semua guru dan bakal guru. 

Tegas
Tidak perlu setegas cikgu disiplin sekola rendah yang cek budak laki pakai spender ke tak g skola.
Jenis cakap lembut dan sopan tapi tangan berurat macam bruce lee. 
Kene lempang sekali teringat-ingat sampi umur 40.

Mesra
Jenis selalu ajak budak-budak lepak sekali.
Bukan jenis selalu ajak budak-budak lepak sekali pastu selit-selit raba kote budak.
Jenis gurau kasar tarahal.

Serba Boleh
Ajar biologi tapi selamber je buat puisi Sains.
Ada lesen nak post mortem mayat.
Ada bisnes khemah orang kawin.

Tak Berdendam
Jenis kete kne gores dengan budak-budak tak kecoh kat perhimpunan.
Kene kutuk belakang-belakang even dia taw dia kene kutuk still boleh ketawa.
Tak kedekut kasi restu.


SELAMAT HARI GURU DITUJUKAN KHAS KEPADA  ENCIK IDRIS NAPIAH.
 

Thursday, May 13, 2010

Piala Thomas

Time Malaysia lawan dengan Denmark tadi gua sempat lempang pipi jiran gua 2 kali. Bukan sebab dia orang
Denmark, tapi kes tak ada semangat patriotik. Jenis kutuk non-stop. Dengan gaya pernah maen badminton
wakil sekolah pastu kalah first game. C'mon guys.....yang tengah main kt gelanggang tu semua jenis smash paling laju dalam Malaysia dengan jenis selamber petik bola celah kangkang. Kalau rase-rase boleh menang dengan dorang gua kasi laluan kutuk team Malaysia pakej sekali dengan lempang pipi gua dua kali.

Saturday, May 8, 2010

Nasi Lemak Mamak

Betol. Gua tak tipu. Kali ni gua memang betul-betul jujur. Kedai mamak tu memang betul-betul 

pakai bomoh, Kalau tak, asal gua boleh teringin nak makan nasi lemak dia pagi-pagi buta ni???? 

Sh*t

Tuesday, May 4, 2010

Pekepala(header)

Sudah tiba masanya bagi blog ini berubah wajah. Seperti mane media-media laen, blog ini turut tidak terlepas untuk mengalami transformasi. Gua harap lu orang dapat menerima transformasi ini.


NotaKepala:

  1. Rajah di atas menunjukan gaya lompatan indie.
  2. Jengka is the best place in the world after Hollywood...

calling paling suspen.......

tringg....(bunyi calling dalam tone paling gampang sekali pernah gua dengar)




Gua:   ah, siapa punya talipon la bunyi macam cilake nie...

tringg...tringg...tringg....


Gua usha kiri kanan. Konpem gua sorang je ada dekat situ.Sah!  memang talipon gua la tu.Ni mesti ada orang setting default tone  nie.Perangai macam monyet.

Gua:       Hallo!!! nak apa??(dengan nada agak kasar sebab dengar suara laki-laki)

Rahim:   Assalamualaikum Abu...Hang tengah wat pa tu???

Aku:       Tengah main bola jaring.kah kah kah... Dah tentu la aku tengah jawab panggilan hang noo...

Rahim:   Hang wat lawak no...i ak nak mintak tolong sangat-sangat nie.Betul-betul  m'gency .Tolonglah aku Abu .Hang sorang je aku boleh arap.



Gua dengan rasa cemas betul-betul berdebar degan permintaan beliau tu.Terdetik dalam hati gua ni mesti kes xcidden ,tak pun kene belasah dengan gangster kampung sebelah.


Gua:       Ada apa him...bagitau je la aku datang terus-menerus nie..Hang dengan siapa tu????

Rahim:    takpa takpa.Hang tolong pi bilik Blank jap.

Gua:        O.k..O.k..'on my way' .Gua pun 'go through' terus kat sana

Rahim:     Hang pi meja hujung kat depan rumah dia tu..Hang tengok ada barang aku yang berharga tak kat sana???

 Gua terus rasa kucar kacir.Mesti penting bangat ni.Minda gua set mamat ni mesti tertinggal laptop tak pun henset soni ericsen dia.Apa lagi, berterabur la gua lari pergi sana.


Gua:         Hah ! aku dah sampai.Tapi barang apa yang ko nak aku ambilkan tu???

Rahim:     Hermm....ada golok(parang) ngan fork lock moto tak kat situ???

Gua:         Ada..ada..Benda ni je yang ada kat sini..Why???

Rahim:     Alhamdulillah...Selamat barang-barang aku.Hang tolong simpan kat aku boleh.Aku dah ada kat rumah nie.Jangan sesekali bagi   hilang pulak.Kang bising bapak aku

Gua:       Orait..orait Him.Kawan-kawan punya pasal aku sanggup berkorban apa saja...


                                                      * ni rahim(mafia changloon)








Gua pun angkat kaki beredar dari rumah tu.Sambil jalan gua menggomel sendirian.

"Cis kalau setakat barang-barang macam ni perompak pun buat pejam mata je kalau diorang nampak.Jenis buat bedebar gua je  keluar rumah pukul 2.00 a.m.Mamat ni memang perangai komando betul la .Ada ke patut dekat hostel pun bawak parang.Bawak peti ais ada guan la jugak!"

Sampai saja rumah gua, terus gua kasi tumbuk pintu depan dua tiga ratus kali.Bengang punya pasal.

Saturday, May 1, 2010

Kak Gayah never missed to say 'that'

Beberapa jam yang lepas, gua telah selamat sampai ke bumi Selangor. Beberapa minit setelah gua jejakkan kaki di rumah yang tercinta, kak gayah mula membuka bicara.
"Lu cuti ni jangan pegi mane-mane. Tolong gua kemas bilik dengan umah."

Tuesday, April 27, 2010

Falsafah Muzik

Pagi tadi gua ada dengar bunyi iras-iras Daud Kilau. Merdu.

Tengahari gua dengar irama-irama Pop pula berkumandang. Syahdu

Sekarang sudah tukar genre. Padat dan rancak iramanya. Ada bunyi dabel pedal. Shit. Macam mana perut gua boleh terjebak dengan straightedge. Rosak. Kena cari nasi. Rosak pemikiran perut gua. Rosak~~


NotaPerut:-


  1. Straightedge bodoh tak makan daging. Muzik sedap boleh pergi jauh.
  2. Perut gua memang rancak, boleh jadi iTunes.
  3. Bekalan beras tak habis, bekalan wang ringgit gua yang dah habis.

Thursday, April 22, 2010

Tohyol

Beberapa jam lalu gua ada pekse soal cara-cara bercakap. Yea. Soal cara bercakap. Subjek ni walaupun pada dasarnya agak mudah, tetapi gua rase subjek ni tak berapa into dengan gua punya jiwa. Macam cilake je kena baca nota panjang berjela-jela. Belum cerita pasal nak hapal lagi. Memang betul-betul tak into dengan jiwa gua.

Stat je pekse gua selak soklan 1 by 1. Cun. Semua soklan memang tepat dengan hint yang gua dapat malam tadi. Dengan pantas gua amek pen dan jawab soklan nombor satu. Gua ulang baca soklan tu berulang liuk. Cilake. Jem! Gua tarik nafas dalam-dalam dengan diselang seli selawat. Tak boleh jugak jawab. Gua jeling kiri gua, macam speedboat "Segah di Nusantara" jawab. Gua teruskan jelingan ke arah kanan. Jelingan lebih difokuskan ke arah belakang. Roy dengan muka pucat macam telan ayaq biaq sedang berselang-seli memandang kertas soklan dan celah peha dia. Gua tak paham. Gua cuba amati dengan lebih teliti. Cilake. Sepantas kilas gua selukkan tangan ke dalam kocek seluar. Yang ada hanyalah dakwat pensel 0.5. Dengan redha dan pasrah, gua terpaksa tekan my panic button. Habis gua goreng soklan-soklan tadi.

NotaKaki:-
  1. Gua tertingal toyol dekat luar dewan pekse.
  2. Roy telah bawa nota satu sem dengan menggunakan medium tepon canggih beliau
  3. Hint tu gua baru habis baca mase dalam bas.

Monday, April 19, 2010

stalking punye citer

semalam gua ada jumpa satu profile makwe baek punye. Sedang gua usha-usha gambar makwe 2. gua terbaca ada satu komen yang berbunyi

sahabat....tengoklh situasindunia sekarang....bnyak perkara yang berlaku menandanya dunia ini hmpir kiamat..tetapi....adakh kita smua sudah bersedia untuk hadapi smua 2....sudah cukupkan iman n amal kita..walaupn kita sudah tau kiamat itu sudah hmpir tetapi kita x pernah hndak berubah...n hnya ikut kemewahan dunia..renunglah sahabatku semua...-zaffar ismsil-

dengan pantas gua amek kain pelikat dan amek air semayang.....


notakaki:
  1. gua syak mamat tu pun ngah stalking
  2. gua amek air semayang je

Thursday, April 15, 2010

Nostalgia Hujung Minggu

Sinaran suria umpama begitu dengki dengan aktiviti gua pagi itu. Habis basah badan gua dilimpahi peluh. Bagaikan seorang juara, gua tetap melawan.
"sh*t, nyesal gua tido katil mamat ni," monolog gua di dalam hati.
 Hingar bingar di sebelah menambah-nambah kehangatan hati gua.
"projek apa lagi dia nak buat ni.....tak cukup cantik lagi ke asrama ni," sekali lagi hati gua memberontak.
Gua cube berubah posisi, dengan penuh gaya gua pusingkan badan gua 90 darjah ke kanan. Perlahan-lahan tangan kanan gua seluk ke arah bawah bantal. Kedua-dua kaki gua bengkokkan sedikit ke arah punggung.
Akhirnya, gua berjaya membentuk posisi kegemaran gua, posisi yang seakan-akan membentuk abjad S.

Ternyata perubahan posisi tadi membawa impak yang besar kepada segala halangan yang dengki kepada aktiviti gua pagi itu. Gua nyenyak seketika sambil didodoi dengan bunyi-bunyian yang kurang mengenakan.
Apa yang pasti, pagi ahad perlu digunakan dengan sebaiknya dengan aktiviti bermoral seperti ini. Bukan dengan menonton kartun mahu pun membuat maggi.

Bunyian mesin drill di sebelah berbunyi lemah seperti mengaku kalah untuk menghalang aktiviti gua. Lentuman loker besi dari segenap sudut asrama harmonis membentuk bunyian mirip snare dan cymbal. Semua itu gua tidak hiraukan. Dengan badan yang digenangi peluh, gua ketap rapat-rapat mata gua.


Secara tiba-tiba, badan gua dikocak-kocak sambil diselang-seli dengan seruan nama gua. Cilake. Perlahan-lahan gua buka mata. Zakwan Ahmad sudah berada di sisi katil sambil rokok berfilter putih diselit di telinga. Sungguh langsi lagak beliau. Seakan-akan faham dengan kemahuan Zakwan Ahmad, gua bingkas bangun mengambil pemetik api.

Nota :-
  1. Zakwan Ahmad telah berjaya mengepow rokok Salem daripada apek yang tengah buat wiring pada pagi itu.
  2. Zakwan Ahmad adalah penggemar hardcore rokok sejuk Nusantara Hijau
  3. Rokok Salem adalah rokok kegemaran jurulatih-jurulatih ragbi seMalaysia
  4. Posisi tidur yang membentuk abjad S adalah posisi yang paling digemari oleh gua.

Tuesday, April 13, 2010

kalo kak gayah ad facebook

antara post-post yg akan beliau letak kan:-

1.@bali(tag name jiran seblah) jadik x nk g pandamaran pagi ni.....aku nak beli udang....smlm udang kt wong xfresh laaa


2.ari ni zewan balik mlm....stok roti ad ag....malas pulak nk masak....mkn roti je laa


3.ujung mgu ni ad marhaban kt uma kak leha....cukur jambul cucu pompuan dia.....


4.out kejap.....nk pg agkt kueh kak dlm oben

Wednesday, April 7, 2010

duet kutu

presentation pagi td gua rase gua da cukup ready....stiap slaid gua da susun ayat2 yg gua rase mampu mencairkan kekerasan ati enchek hatta......pendrive suda dicucuk di komputer.....


zrrrrrrrrrrrrrr.....
(bunyik henset gua vibrate).....demi xnk menganggu mood...gua biakan dlu....gua rase msg celcom kot......(semenjak dua menjak ni celcom sibuk msg ngn ak ckp dpt diskaun murah kalo kol org lame2)

zrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.................zrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.................kring...............kring........cibai...kol pulak.....

MAK GUA KOL!!!!

hati gua bedebar-bedebar.....kepala otak gua kuat mengira pelbagai probabilities sbb mak gua xpenah lagi kol pagi-pagi....ni mesti kes nk serang gua nh.....ranking 1st mesti kes surat amaran sampai uma.........cibai btol laaa.......

"hello samekom,"gua wt suara garang

"walaikomsalam, ko kt mane??" kak Gayah wt suare lg garang

"ngah kelas nh" gua jawab ketakutan

"ko abes kelas kul bape??" kak Gayah tnye lagi, still dgn suare garang

"err....kul 12..."gua dah xdpt cover lagi ketakutan gua.....

"owh.ok.jap lagi mak tepon balik"

kak gayah terus putus kan talian......ahh.......ati gua terus xtenteram....otak makin ligat kire probabilities......ranking 1st still kes surat amaran......sbb antara byk2 dosa besar yg gua penah wt skrg pn...sume gua cover baek2.......kes ponteng je.....mood gua kt presentation td da lame kne tgl kt kola perlis.....ati ngn otak gua jauh da melayang balek kelang......ayat2 manis gua untuk slaid2 tu abes ilang......

***********************************

pas abes present...group gua da boleh blah.....jam baru kol 10 lebih....haihh......lmbt ag nk kne tgu kuliah kak gayah......gua on komputer lab....gua on9 fb sepam.....mudah-mudahan dpt gua tenang kan ati gua......

dalam kul 11.....gua blah dari kelas.....gua kol kak gayah.....ati gua betol2 xtenteram......baek gua 'datang' dr gua tunggu......plg tidak cepat sikit gua dpt lectre....kire teori dia cmni la.....buat cepat,siap cepat,boleh balek awal.....balek awal disini membawa maksud ati gua kembali tenteram......


gua dail no kak gayah......


lama bunyi ringing.....gua masak sgt....nh mesti kes xdgr....silap ari bulan....lgsung xagkat pon bole jadi......

"hello...ha" kak gayah jawab ngn nada pantas

"err....hah....mak ngah wtpe???" gua buat2 tnye kes nk amek ati.

"hah...mak kt kedai mosaic nh...nti mak tepon balek..." jawab kak gayah ngn padat

"ow...ok2...bye...."

gua senyum lebar.....probability yg gua kire ternyata meleset....ati gua melonjak-lonjak.....gua baru ingat....bulan nh turn kak gayah dapt duet kutu....kes dy call pagi2 mesti nk kasi tw uma ngah renovate.......

Wednesday, March 31, 2010

MEET THE BOBOI

lu org mesti tertanye-tanye en sape boboi yg dimksudkan dlm entri lepas.....sebelom gua kenal kan lebih lanjut sape kah gerangan boboi ni......gua nk bagi lu org warning dlu......lu org jgn nk taruh harapan meninggi stinggi burj dubai lak.....ye laaa......boboi ni laen mcm skit........so.....my advice is....knal dlu boboi ni.....

*******************************

Nama : Boboi*
Tempat lahir: hospital sultanah bahiyah, kulai, johor**
Tarikh lahir : 31/1/1991***
Hobi : kentut stail bunyi cirit
Cita-cita : pegawai kerajaan****
Makanan kegemaran : Nasi lauk ayam*****
Minuman kegemaran: Jus cinta******

*nama sebenar dirahsiakan atas sebab keselamatan
**tang name hospital gua gebang je.....tp daerah ngn negeri gua rase btol
***ok.....yg nh pon gua gebang gak
****gua rase......sbb dy ad ciri-ciri jd cm Pak Mael
*****lagi sahih kalo beli kt Che mat
******gua syak jus nh ad menatang ala-ala kokain dlm coke laaa...


***********************************************************

ok......tu biodata sedikit sebanyak tentang Boboi....tp lu org tw ke history boboi nh.....gua ingat ag...pepatah berbunyi "tak kenal maka x cinta".....so....ini lah yg kite nk bincangkan dlm entri nh....berdasarkan sumber2 gua yg duk kt kulai.......tagline boboi nh satu je......bunyi cm ni...."hekeleh......semak la kau"(*penggunaan suare husky kasar amat digalak kan).......
pastu gua nk cerite pasal sejarah perubatan boboi pulak......setakat taun 2010.....major surgeri yg penah dialami boboi adalah "Pembedahan Menyambung Kembali Perut".......nh kalo xsilap gua 2-3 taun lepas nye kes.....kes gadoh ngn siam changloon.....siam nh tetak perut dy.....nasib bek dy smpt gigit muke siam tu....kalo x uoll xdpt la nk lepak ngn boboi lagi......NIE CTER BENAR LA SIAL......kalo uoll xcaye....lu boley cek belah kiri perot Boboi nh......mgu lepas gua terserempak ngn Boboi....dy cter dy wt part time jd tester kt Acer.....dy cter Acer nk wt notebook stail letak kt perot.....sbb org rmi kompelin ckp kalo letak kt ribe.....konek bole jadi panas n gatal xtentu hala...........tp satu benda je yang benda nh kalo gua ckp...sume org akn akui gua ckp benar.....termasuk la ROY ngn SALMAN........bab paw rokok......boboi xkn berkire
boboi wif the brand new acer

Monday, March 29, 2010

boboi yg sell-fish....

ni citer pasal semalam pnye kes...gua kluar bilik je gua tgok muke boboi ngah layan movie korea...asal kuar bilik jer wa nengok muke boboi ngah lyan muvie yg sme...pergh...tibe2 je rse nk g hentak je kpale mamat 2....kalo 'the whole day' die asyik lyan muvie, bile mase wa boley pnjam laptop die??? sell-fish betol la mamat nie...wa bkn pe de...sehari x on9 (f.b) rse gian lebey dr x dpt dadah lg de.x mkn 1 hari pon x pe jnj dpt on9...ala mklom la wa ni bkn kaye sangat pown ...stakat laptop tu bkn x mmpu nk beli tp wa lg ske g buat amal dr bnde2 duniawi nie...dh brape kali da wa beli laptop. model acer,toshiba,qompact,apple dan sebagainyer. tp model apple wa smpat amek gmbar jer. x ckop lg snggt nk smpai 5k de...2 pon da puas wa mntk sedekah kt pasar2 malam,pasar tani cume pasar borong je wa x smpat pegi ...

************************************************

smbg blk cter si laptop td, tp asal pkai lebey dr 1 mggu je rse bosankes ari2 wat bnde yg same...wa tnye pndapat abg long wa...die ckp lu angkt itu laptop kasi juai la...wa !!!!ni abg long mau kna potong kepale ke ape ckp ngn wa tnpe berbudi bahase(bisik aku sendirian)....x pe wa ni jenis hormat sme abg2...so wa pown kasi juai la pastu g derme kt masjid duet tu...biase la...nk wat amal dah tue...kasi org laen la wat amal ...wa amek pahale sedekah kire dh ckop la...amboi pnjg plak wa dscribe pasal laptop nie. ni belom cter psal kisah hidop wa yg tragis lg..o.k da byk wa merepek ni, kte cntinue blk cter boboi td...wa rse 'panas' gle de ...rse nk lempang tu mmang x dpt dsangkal lg. so, wa tumbok la meje kuat2 . mane la tau kot2 die rse cuak ke kn..tp yg sial nyer die wat dek jer smbil mghirup maggi 3 bgkos...tp x pe... sbb boboi 2 bdk 3.15 wa pon dh jd x ksah sangat...

***********************************************************************

bermodalkn rokok sekotak wa g jalan ngn wa pnye buddy hajat nk p tgok game chelsea vs ast.villa..pas tu lalu je dpan kdai yg masak x sedap tu wa nengok dak2 ngah lyan game arsnl vs birmigham plak...pergh!!!dh jd 8x gande bengang gua nie...buddy gua ni da la fan chelsea ya amat...asal chelsea kalah je die x g kuliah....asl kalah je x nmpk mke die g klas...tp yg plik nye kalo chelsea mng pown die x g klas gak..(mmg sfat smulejd die pmlas) ....tp its o.k..wa masok itu cafe pastu kitorang jalan cam brader2...wa hulur rokok semporna (seiras nusantara tp up lg) sorg sebat pastu wa amek cntroller tkar game chelsea...ha..diorg da x boley ckp pe2 da kes da dpt rasuah sderhane...nyesal gak wa bg kt diorang da tggl 2 btg rkok gua..camne nk layan game smpai abes nie...kusut2...padahal wa pnye buddy je fan chelsea ap kaitan ngn wa plak nk rsuah2 org...hmmm...nsb baek chelsea mnang 7-1 mlm 2...x sie2 wa jd hero alih channel kn....mst rmain org sebot2 nme wa mlm 2 kes aleh channel yg tepat,padat, dan mutakhir........

****************************************************************************************

Thursday, March 25, 2010

Fun dan metal komputer Pro geram ming


sape2 yg amek kos sains mau pun kejuruteraan mesti sah kne amek subjek ni. subjek ini pada am nya ditawarkan pada semester kedua setiap tahun pengajian. gua malas nak sembang banyak. tinggal lagi 2 minggu sebelom setadi wik. sekarang ni setakat yang gua taw, printf dengan scanf je. Gua ingat gua nak pinjam buku yang roy bawak ke hulu hilir sepanjang ari ni ngn malam td. sebab lepas gua selak buku tu 2-3 helai, gua da gelak2 tengok bahasa dy......gelung la.....tatasusunan la....pengkompil la......dengan ini.......gua anugerah kan buku ni sebagai pemenang kedua anugerah buku ilmiah terbaik.....selepas buku Mari Belajar Sejarah SPM Secara Komik..........

Tuesday, March 16, 2010

REBIU CERITER MELAYU

cakap pasal cter melayu....genre plg fames yg gua taw stkt nh.....race,cinta,seram,lawak pastu race,cinta,seram,lawak.........cube r try wat cter pasal rompakan buku log pengakap Mael......ekspidisi menangkap puteri gunung ledang ke......xpon cter pasal Kamal.....seorang jaguh silat olahraga.....gua agak2....cter2 cmni.......kalo kasi kt mat saleh tgk.....kompom dorg bli tket untuk next screening.........

*********************************************************************

aritu gua nk tgk adnan sempit....skali full.......xpasal2 gua tgk cter jackie chan....pas2....ad mamat sblah gua nh beria2 cter pasal V3.......wt gaye mcm mnanti Radiohead nk dtg Msia je gua tgk dy....
ok.....gua layan.......

*************************************************************************

mgu lepas gua ajak mamat 2 g tgk V3........kua wayang kutuk sane sini.......esoknye......mcm2 dialog dr V3 gua dgr kua dr lidah dy........gua rase fenomena ni same blaku di mane saje selagi ad rakyat msia yg xreti mnilai seni.......

***************************************************************************

gua ad keje skola.....sok nk kne antar surat kiriman rasmi kt lectrer

Friday, March 12, 2010

minda en. fijay


sudah hampir 3 bulan aku menuntut bersame kawan2 di dlm kelas beliau. namun begitu aku tetap tdk puas hati akan sikapnya yg tdk berubah-rubah. even gua skrang pown dah berubah. gua rase klas beliau gua baru skip 3 kali.....1st kes mgu intro....2nd kes gua g new year langkawi(lahnat nye salman.....mabuk keling).........3rd kes gua MALAS.......da la subjek encik nh memerlukan skill copy ngn pntas........(seswai untuk abg din ngn naem yg kaki photostate)...........gua malas nk cter pnjg.....kes terbaru......mgu lepas asraf jd mangse......xpasal2 mmber gua dpt kosong......gara2 beliau salah tgk jawapan