Wednesday, October 27, 2010

Ujian

Gua mulai sedar yang semester tiga ni, semua hal-hal ujian gua buat acuh tak acuh. Daripada ujian matematik hingga ke ujian micro-c, boleh dikatakan semua gua redah dengan otak yang kosong. Umpama seorang askar yang pergi berjuang ke medan perang tanpa sebarang senjata begitulah juga gua. Cuma beza gua dengan askar tu ialah gua lepas abis ujian masih lagi boleh hu ha hu ha, askar pula paling bangsat kudung sebelah kaki boleh dikira bernasib baik.

Ok, macam ni dalam pukul 8 malam nanti gua ada ujian instrumen. Sekarang dalam pukul 6 pagi gua baru sampai main 1/3 game playoff NBA ni. Kalau gua dapat trofi dalam sekali try, gua nazar khatam satu buku instrumen. Ok, gua takda masa.

Tuesday, October 19, 2010

Sampai tempat bas, bas kasi asap,
sampai lab, barang-barang dah habis,
dapat markah test, 9.5 daripada 60,
present math, merapu macam org gler
muka senyum, dalam hati sape yang tahu,
tolong jgn bagi saya masalah lagi Tuhan,
tolong...

Wednesday, October 6, 2010

Money, Sex, and Politics

Pada suatu hari, Hafifi Kamal menjemput gua melepak. Gua mula risau, bila kawan lama yang betul-betul lama tak melepak sekali tapi secara tiba-tiba mahu melepak bersama, ada dua perkara saja yang mahu diajak. Pertama, Hafifi Kamal mahu menarik gua menjadi downline  MLM. Kedua,Hafifi Kamal mahu menjemput gua ke majlis perkahwinan beliau. Dalam kes ini, perkara kedua boleh ditolak tepi sebab Hafifi Kamal yang gua, kenal lagi tak senonoh daripada gua. Jadi, gua teruskan saja jemputan Hafifi Kamal tu.

************************************************

"pum pang pum pang pum pang pum pang pum pang student power pum pang pum pang"

"pum pang pum pang pum pang ayat terakhir surah Al-Kafirun pum pang pum pang pum pang"

Gua mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju dengan Hafifi Kamal sambil mata menghadap skrin kedai mamak yang sedang menayangkan cerita Mall Cop. Hafifi Kamal terus berhujah.

"pum pang pum pang pum pang pencerahan pum pang pum pang pum pang pum pang"

"pum pang pum pang pum pang falsafah dan politik adalah dua dua entiti yang terlampau besar kontradiksinya pum pang"

Gua cuba mencelah, 

"Bon, lu bukan dah habis ke foundation?"

"Belum lagi, gua kne repeat lagi tiga paper" jawab Hafifi Kamal antara dengar tak dengar.

"Eh, menteri besar perak yang kena tipu tu dulu pangkat Ir. eh Bon...."

Hafifi Kamal terus menarik muka ke arah skrin.

Friday, October 1, 2010

Sweet Revenge

Petang ni panas. Panas seperti petang-petang yang lain. Waktu-waktu panas macam ini mase gua cuti sekolah dulu, gua da macam cacing kepanasan. Rancangan di televisyen gua ubah-ubah siarannya dari TV1 ke TV2, TV3 ke NTV 7, dan  8TV. Waktu tu gua baru 14 tahun, tingkatan dua lagi muka tak macam berader-berader langsung. Makwe-makwe sorang pun tak berkenan. Dalam kepanasan petang, gua membuat keputusan yang panas. Kak Gayah takda dekat rumah, pergi pengajian kaum ibu. Lima ringgit daripada purse Kak Gayah gua pindahkan ke purse gua. Sekarang purse gua sudah berisi, berisi dengan lima ringgit, syilling-syilling, kad pengenalan, dan business card Dragon Ball yang tertera nama Amirul Amin.

***********************************************************************************

Setengah jam kemudian, gua dah berada di Cyber Cafe. Waktu tu gua tak reti lagi bukak internet. Setakat ada emel dengan ym. YM pun ada dalam tiga orang je contact list. Cilake. Daripada gua kena belasah main Counter Strike dengan Cina, baik gua main game Tony Hawk. Dalam 20 minit gua main game ni, dekat tiga kali gua dapat buat The 900. Tiba-tiba ada tiga orang skinhead duk lepak sebelah gua. Skinhead-skinhead ni memang muka regular dekat CC ni. Selepas sembang dan lawan knowledge dengan tiga skinhead ni, gua beredar. Beredar dengan keadaan yang bengang dan poket kosong. Bas luar gua naik tanpa bayar tambang.

************************************************************************************

Sampai dekat rumah, gua terus telefon balai polis Kuale.

"Hello, balai polis pelabuhan klang ke?"
"Ye, bole saya bantu?"
"Gua nak buat laporan ni, ada satu kedai judi kuda dekat area Ocean Port Klang, tadi dalam 20 minit lepas gua ada nampak ada budak-budak sekolah melepak dekat kedai tu. Gua harap lu orang (polis) boleh buat rush sekarang. Kalau boleh tangkap sekali budak-budak sekolah tu."
"Terima kasih encik, boleh saya tahu nama encik?"
"Err....nama gua Muhsin....Muhsin Deraman."

 Gua terus letak ganggang telefon.

***************************************************************************************

Beberapa hari kemudian gua ke Cyber Cafe same sekali lagi. Kedai kuda di sebelah gua nampak tutup. Lampu hijau depan kedai tu pun tak menyala. Gua tersenyum. Gua masuk ke dalam CC pula, gua perhati seamat mungkin, skinhead-skinhead hari tu pun dah takda. Mungkin inilah apa yang selalu dikatakan orang, "Sweet Revenge". Gua tersenyum lagi.