Friday, October 1, 2010

Sweet Revenge

Petang ni panas. Panas seperti petang-petang yang lain. Waktu-waktu panas macam ini mase gua cuti sekolah dulu, gua da macam cacing kepanasan. Rancangan di televisyen gua ubah-ubah siarannya dari TV1 ke TV2, TV3 ke NTV 7, dan  8TV. Waktu tu gua baru 14 tahun, tingkatan dua lagi muka tak macam berader-berader langsung. Makwe-makwe sorang pun tak berkenan. Dalam kepanasan petang, gua membuat keputusan yang panas. Kak Gayah takda dekat rumah, pergi pengajian kaum ibu. Lima ringgit daripada purse Kak Gayah gua pindahkan ke purse gua. Sekarang purse gua sudah berisi, berisi dengan lima ringgit, syilling-syilling, kad pengenalan, dan business card Dragon Ball yang tertera nama Amirul Amin.

***********************************************************************************

Setengah jam kemudian, gua dah berada di Cyber Cafe. Waktu tu gua tak reti lagi bukak internet. Setakat ada emel dengan ym. YM pun ada dalam tiga orang je contact list. Cilake. Daripada gua kena belasah main Counter Strike dengan Cina, baik gua main game Tony Hawk. Dalam 20 minit gua main game ni, dekat tiga kali gua dapat buat The 900. Tiba-tiba ada tiga orang skinhead duk lepak sebelah gua. Skinhead-skinhead ni memang muka regular dekat CC ni. Selepas sembang dan lawan knowledge dengan tiga skinhead ni, gua beredar. Beredar dengan keadaan yang bengang dan poket kosong. Bas luar gua naik tanpa bayar tambang.

************************************************************************************

Sampai dekat rumah, gua terus telefon balai polis Kuale.

"Hello, balai polis pelabuhan klang ke?"
"Ye, bole saya bantu?"
"Gua nak buat laporan ni, ada satu kedai judi kuda dekat area Ocean Port Klang, tadi dalam 20 minit lepas gua ada nampak ada budak-budak sekolah melepak dekat kedai tu. Gua harap lu orang (polis) boleh buat rush sekarang. Kalau boleh tangkap sekali budak-budak sekolah tu."
"Terima kasih encik, boleh saya tahu nama encik?"
"Err....nama gua Muhsin....Muhsin Deraman."

 Gua terus letak ganggang telefon.

***************************************************************************************

Beberapa hari kemudian gua ke Cyber Cafe same sekali lagi. Kedai kuda di sebelah gua nampak tutup. Lampu hijau depan kedai tu pun tak menyala. Gua tersenyum. Gua masuk ke dalam CC pula, gua perhati seamat mungkin, skinhead-skinhead hari tu pun dah takda. Mungkin inilah apa yang selalu dikatakan orang, "Sweet Revenge". Gua tersenyum lagi.

No comments:

Post a Comment