Monday, September 6, 2010

Hutang-piutang 2

  Asal raye je orang pening kepale sebab banyak hutang, hutang perabot la, kereta baru la, nak bagi duet raye pon ade yang wat loan, tak bagi kang orang cakap sengkek plak. Nasib baik gua jenis yang beringat. Bil-bil sume gua da setel awal-awal lagi. Installment Jaguar XK hijau (klik: sini) gua setelkan terus untuk tiga bulan yang kedepan.

  Esok, Insyallah kalau ada masa gua nak singgah Alliance Bank kejap. Nak setel hutang rumah musim panas gua kat Stockholm. Ada baki 98 000 lagi gua hutang dengan bank. Alhamdulillah tahun ni baju raya gua takda hutang-hutang dengan tailor. Lu orang paham la, berhutang dengan orang Itali ni bahaya sikit. Silap-silap hari bulan nanti ada je konco-konco Al Capone datang ugut-ugut gua.

  Cerita gua berhutang dengan orang da selesai. Sekarang ni cerita orang berhutang ngan gua pulak. Sebenarnye gua bukan jenis suka berkira sangat, setakat orang hutang gua dua tiga ribu gua tak kisah sangat. Tapi kalau dah sampai tahap juta-juta gua kena berkira.

  Sebulan sebelum puasa hari tu Robert Kuok hutang gua lima juta. Kes kalah maen poker dengan gua dekat Genting. Ananda Krishnan pun same, bil letrik maxis dah tiga bulan tertonggak. Alih-alih gua jugak kena advance tiga juta gua. Syed Al-Bukhari lagi satu, nasib baik dia hutang gua tak banyak. Setakat hutang budi kirim beli makanan untuk sahur.

  Ah, lu orang yang berhutang dengan gua ni gua harap paham-paham sendiri. Jangan sampai gua keluarkan Hadis kejap lagi.

*cilake....hutang dengan budak-budak universiti siam da nak dekat rm200....mane gua nak cekau duit ni.


  

No comments:

Post a Comment