Monday, July 19, 2010

Abang Mat Ketum & Kak Mah Kutum

"Abaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangggggggggggg!!!!!!!!!"......teriak Kak Mah Kutum (KMK) memecah kehangatan pagi.
"Heh.........apa ni.."...Abang Mat Ketum (AMK) bangun dari sofa sambil mengtunekan kembali kain pelikat dan menutup televisyen yang sedang menayangkan rancangan Totally Spies....."pagi-pagi lagi dah menjerit-jerit ni........kalo iye pun awak minat The Rock......tunggulah malam Jumaat nanti,"....tambah AMK lagi.
"The Rock kepala bap*k abang!" KMK menjengilkan matanye sambil menunjukkan baju kemeja Paul Smith AMK.
"Ni lipstik sape ni bang???!!!"...."Lipstik jande mane ni hah???"

Lipstik purple jelas kelihatan di kolar kemeja P.S AMK.

"Eh....awak ni betul-betul dah gile eh???"...AMK menyoal.
"Itukan lispstik awak Mah oi....."
"Abang jangan nak menipu!"
"Sumpah Mah.....itu lipstik awak Mah..."
"Dah...dah....jangan nak bagi alasan......pergi tunggu saya kat dalam bilik sekarang!"
"OK!".....AMK berlalu pergi sambil mengtunekan kembali kain pelikat beliau, barangkali ketat kain pelikatnya.

Wednesday, July 7, 2010

cerita world cup

Sejak kebelakangan ni gua agak bizi. Musim cuti sekolah gua boleh dikatakan "berisi" dan "berfaedah". Selain sibuk menguruskan hal-hal syarikat Gemilang Teguh Sdn Bhd bersama Aziz Singah, gua juga sedang giat berlatih silat bersama Pak Latib Burgiba. Yang sebenarnye gua betul-betul takda masa sekarang, ini pun kes gua mencuri masa sebelum nonton Piala Dunia yang mane sudah hilang seri nye. Hilang seri nye gara-gara team feberet gua kalah awal. Juga beberapa faktor hilangnye seri Piala Dunia kali ini ialah seperti ini dan juga ini. Gua harap tahun ni Hungary menang world cup.


notaPialaDunia :-

  1. Aziz Singah ni sebenarnye usahawan Melayu yang berjaya kerana sudah 20 tahun berkecimpung dalam arena sembang juta-juta ringgit di dalam drama Melayu.
  2. Kalau ada majalah-majalah yang buat rengking "Man with Lovely FaceHair" gua rase Latib Burgiba boleh jadi Johan. Naib Johan jatuh pada Diego Maradona.
  3. Yang sebenarnye World Cup tahun ni gua sapot Selangor.