Monday, July 19, 2010

Abang Mat Ketum & Kak Mah Kutum

"Abaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangggggggggggg!!!!!!!!!"......teriak Kak Mah Kutum (KMK) memecah kehangatan pagi.
"Heh.........apa ni.."...Abang Mat Ketum (AMK) bangun dari sofa sambil mengtunekan kembali kain pelikat dan menutup televisyen yang sedang menayangkan rancangan Totally Spies....."pagi-pagi lagi dah menjerit-jerit ni........kalo iye pun awak minat The Rock......tunggulah malam Jumaat nanti,"....tambah AMK lagi.
"The Rock kepala bap*k abang!" KMK menjengilkan matanye sambil menunjukkan baju kemeja Paul Smith AMK.
"Ni lipstik sape ni bang???!!!"...."Lipstik jande mane ni hah???"

Lipstik purple jelas kelihatan di kolar kemeja P.S AMK.

"Eh....awak ni betul-betul dah gile eh???"...AMK menyoal.
"Itukan lispstik awak Mah oi....."
"Abang jangan nak menipu!"
"Sumpah Mah.....itu lipstik awak Mah..."
"Dah...dah....jangan nak bagi alasan......pergi tunggu saya kat dalam bilik sekarang!"
"OK!".....AMK berlalu pergi sambil mengtunekan kembali kain pelikat beliau, barangkali ketat kain pelikatnya.

No comments:

Post a Comment