Friday, May 21, 2010

Perlanggaran Bintang Neutron(Cinta adalah Selamanya)

Aku telah mencari Kamu ketika kamu di dalam misi~~

Lalu hati Kita bersatu laksana Perlanggaran Bintang Neutron ~~

Tiada apa lagi yang harus Aku hilang ~~

Kamu telah meluangkan masa untuk memilih ~~

Lalu tanpa rasa takut dan gentar Kita memberitahu sesama Kita ~~


Cinta Kita akan selamanya ~~

Dan, jika Kita mati, kita mati bersama ~~

Namun Aku menafikannya ~~

Kerana cinta Kita akan selamanya ~~


Dunia musnah, begitu juga garisan Halo yang tidak berkilau ~~

Kita cuba membawa perubahan, namun tiada siapa yang mendengar ~~

Pujian kepada para pengkhutbah, palsu dan bangga ~~

Doktrin-doktrin mereka akan keawang-awangan ~~

Lantas mereka menghilang laksana titisan salji di lautan ~~


Cinta itu selamanya, Kita akan mati ~~

Kita akan mati bersama ~~

Namun Aku menafikannya ~~

Kerana cinta Kita, boleh selamanya ~~


Sekarang tiada apa yang Aku harus hilangi ~~

Kamu telah membuat pilihan ~~

Aku akan memberi tahu tanpa rasa takut ~~


Sesungguhnya cinta Aku selamanya ~~

Dan Kita akan mati, mati bersama ~~

Namun, akan Aku nafikanya ~~

Kerana cinta Kita adalah selamanya ~~


*******************************************************************************

rembatan ikhlas daripada lagu terbaru Muse "Neutron Star Collision (Love is Forever )"

Wednesday, May 19, 2010

Cita-cita

Cikgu sekola rendah: Lu da besa nak jadi apa??

Gua                         : Ustaz atau pensyarah atau saintis.

********************************************************

Cikgu skola menengah: Cita-cita lu apa?

Gua                            : Gua nak buat video game. Gua nak buat
                                    game sport. Badminton dengan takraw.

**************************************************************
Itu cerita mase gua beringus lagi. Tapi beringus2 gua pun, gua still ada cita-cita yang gempak dulu. Ok. Pasal nak jadi Ustaz 2 kes kaum2 ibu kat uma gua tengah musim hantar anak masuk skola asrama agama. So, kak gayah pun macam tanak kalah. Syukur musim hantar anak masuk skola asrama agama habis mase gua nak naek skola menengah.

Sekarang gua dah dewasa. Gua dah tahu apa gua nak bawak dalam hidup gua. Start esok, gua nak karang buku. Gua nak karang buku pasal history gangster Melayu. Gua harap McGraw Hill tarahal nak kawtim ngn gua kasi publish buku gua nanti.

Sunday, May 16, 2010

16 mei

Agak tak manis kalau gua tak menulis hari ni walhal hari-hari lain seperti Hari Keamatan dan Hari Menuai selamber je gua menulis. Walaupun 16 Mei ni bukan harijadi Karl Marx mahupun Henry Ford, gua tetap kene menulis juga. Hari Guru bagi bahasa standard Hari Cikgu pula sebutan bagi budak tabika, Hari Pendidik stok untuk sambutan kat universiti.

Walaupun dah banyak cikgu yang mengajar gua, dari Taman Asuhan Kanak-kanak Islam hingga la ke IKBN kuale perlis, ada satu je cikgu yang gua respek dan gua jadikan idola sepanjang hayat. Ciri-ciri yang patut ada pada semua guru dan bakal guru. 

Tegas
Tidak perlu setegas cikgu disiplin sekola rendah yang cek budak laki pakai spender ke tak g skola.
Jenis cakap lembut dan sopan tapi tangan berurat macam bruce lee. 
Kene lempang sekali teringat-ingat sampi umur 40.

Mesra
Jenis selalu ajak budak-budak lepak sekali.
Bukan jenis selalu ajak budak-budak lepak sekali pastu selit-selit raba kote budak.
Jenis gurau kasar tarahal.

Serba Boleh
Ajar biologi tapi selamber je buat puisi Sains.
Ada lesen nak post mortem mayat.
Ada bisnes khemah orang kawin.

Tak Berdendam
Jenis kete kne gores dengan budak-budak tak kecoh kat perhimpunan.
Kene kutuk belakang-belakang even dia taw dia kene kutuk still boleh ketawa.
Tak kedekut kasi restu.


SELAMAT HARI GURU DITUJUKAN KHAS KEPADA  ENCIK IDRIS NAPIAH.
 

Thursday, May 13, 2010

Piala Thomas

Time Malaysia lawan dengan Denmark tadi gua sempat lempang pipi jiran gua 2 kali. Bukan sebab dia orang
Denmark, tapi kes tak ada semangat patriotik. Jenis kutuk non-stop. Dengan gaya pernah maen badminton
wakil sekolah pastu kalah first game. C'mon guys.....yang tengah main kt gelanggang tu semua jenis smash paling laju dalam Malaysia dengan jenis selamber petik bola celah kangkang. Kalau rase-rase boleh menang dengan dorang gua kasi laluan kutuk team Malaysia pakej sekali dengan lempang pipi gua dua kali.

Saturday, May 8, 2010

Nasi Lemak Mamak

Betol. Gua tak tipu. Kali ni gua memang betul-betul jujur. Kedai mamak tu memang betul-betul 

pakai bomoh, Kalau tak, asal gua boleh teringin nak makan nasi lemak dia pagi-pagi buta ni???? 

Sh*t

Tuesday, May 4, 2010

Pekepala(header)

Sudah tiba masanya bagi blog ini berubah wajah. Seperti mane media-media laen, blog ini turut tidak terlepas untuk mengalami transformasi. Gua harap lu orang dapat menerima transformasi ini.


NotaKepala:

  1. Rajah di atas menunjukan gaya lompatan indie.
  2. Jengka is the best place in the world after Hollywood...

calling paling suspen.......

tringg....(bunyi calling dalam tone paling gampang sekali pernah gua dengar)




Gua:   ah, siapa punya talipon la bunyi macam cilake nie...

tringg...tringg...tringg....


Gua usha kiri kanan. Konpem gua sorang je ada dekat situ.Sah!  memang talipon gua la tu.Ni mesti ada orang setting default tone  nie.Perangai macam monyet.

Gua:       Hallo!!! nak apa??(dengan nada agak kasar sebab dengar suara laki-laki)

Rahim:   Assalamualaikum Abu...Hang tengah wat pa tu???

Aku:       Tengah main bola jaring.kah kah kah... Dah tentu la aku tengah jawab panggilan hang noo...

Rahim:   Hang wat lawak no...i ak nak mintak tolong sangat-sangat nie.Betul-betul  m'gency .Tolonglah aku Abu .Hang sorang je aku boleh arap.



Gua dengan rasa cemas betul-betul berdebar degan permintaan beliau tu.Terdetik dalam hati gua ni mesti kes xcidden ,tak pun kene belasah dengan gangster kampung sebelah.


Gua:       Ada apa him...bagitau je la aku datang terus-menerus nie..Hang dengan siapa tu????

Rahim:    takpa takpa.Hang tolong pi bilik Blank jap.

Gua:        O.k..O.k..'on my way' .Gua pun 'go through' terus kat sana

Rahim:     Hang pi meja hujung kat depan rumah dia tu..Hang tengok ada barang aku yang berharga tak kat sana???

 Gua terus rasa kucar kacir.Mesti penting bangat ni.Minda gua set mamat ni mesti tertinggal laptop tak pun henset soni ericsen dia.Apa lagi, berterabur la gua lari pergi sana.


Gua:         Hah ! aku dah sampai.Tapi barang apa yang ko nak aku ambilkan tu???

Rahim:     Hermm....ada golok(parang) ngan fork lock moto tak kat situ???

Gua:         Ada..ada..Benda ni je yang ada kat sini..Why???

Rahim:     Alhamdulillah...Selamat barang-barang aku.Hang tolong simpan kat aku boleh.Aku dah ada kat rumah nie.Jangan sesekali bagi   hilang pulak.Kang bising bapak aku

Gua:       Orait..orait Him.Kawan-kawan punya pasal aku sanggup berkorban apa saja...


                                                      * ni rahim(mafia changloon)








Gua pun angkat kaki beredar dari rumah tu.Sambil jalan gua menggomel sendirian.

"Cis kalau setakat barang-barang macam ni perompak pun buat pejam mata je kalau diorang nampak.Jenis buat bedebar gua je  keluar rumah pukul 2.00 a.m.Mamat ni memang perangai komando betul la .Ada ke patut dekat hostel pun bawak parang.Bawak peti ais ada guan la jugak!"

Sampai saja rumah gua, terus gua kasi tumbuk pintu depan dua tiga ratus kali.Bengang punya pasal.

Saturday, May 1, 2010

Kak Gayah never missed to say 'that'

Beberapa jam yang lepas, gua telah selamat sampai ke bumi Selangor. Beberapa minit setelah gua jejakkan kaki di rumah yang tercinta, kak gayah mula membuka bicara.
"Lu cuti ni jangan pegi mane-mane. Tolong gua kemas bilik dengan umah."