Wednesday, October 6, 2010

Money, Sex, and Politics

Pada suatu hari, Hafifi Kamal menjemput gua melepak. Gua mula risau, bila kawan lama yang betul-betul lama tak melepak sekali tapi secara tiba-tiba mahu melepak bersama, ada dua perkara saja yang mahu diajak. Pertama, Hafifi Kamal mahu menarik gua menjadi downline  MLM. Kedua,Hafifi Kamal mahu menjemput gua ke majlis perkahwinan beliau. Dalam kes ini, perkara kedua boleh ditolak tepi sebab Hafifi Kamal yang gua, kenal lagi tak senonoh daripada gua. Jadi, gua teruskan saja jemputan Hafifi Kamal tu.

************************************************

"pum pang pum pang pum pang pum pang pum pang student power pum pang pum pang"

"pum pang pum pang pum pang ayat terakhir surah Al-Kafirun pum pang pum pang pum pang"

Gua mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju dengan Hafifi Kamal sambil mata menghadap skrin kedai mamak yang sedang menayangkan cerita Mall Cop. Hafifi Kamal terus berhujah.

"pum pang pum pang pum pang pencerahan pum pang pum pang pum pang pum pang"

"pum pang pum pang pum pang falsafah dan politik adalah dua dua entiti yang terlampau besar kontradiksinya pum pang"

Gua cuba mencelah, 

"Bon, lu bukan dah habis ke foundation?"

"Belum lagi, gua kne repeat lagi tiga paper" jawab Hafifi Kamal antara dengar tak dengar.

"Eh, menteri besar perak yang kena tipu tu dulu pangkat Ir. eh Bon...."

Hafifi Kamal terus menarik muka ke arah skrin.

No comments:

Post a Comment