Saturday, August 14, 2010

Bila Bosan

Selepas menjadi bangang seketika gara-gara menonton Tekken gua sempat mencuri masa untuk FB. Ada lebih kurang sejam sebelum internet ditutup untuk memastikan internet yang slow menjadi kurang slow. Tetingkap folder movie gua pangkahkan dan ikon firefox gua klik dua kali. Ruangan address gua taip F dan terus gua klikan perkataan Facebook yang keluar. Macam cilake teknologi yahudi ni. Notifications yang berjumlah 17 gua hiraukan sebab takda satu pun yang datang dari makwe-makwe. Tiga new messages daripada KL Party gua delete sambil mencarut. News Feed gua usha sekali lalu je. Bosan. Tiba-tiba nama member Sg Sireh naik dekat ruang chat sambil bagi link gambar budak tak hensem posing hensem. Lepas bertukar-tukar beberapa das kutukan yang mantap dan membina, member Sg Sireh diam. Gua bosan. Gua usha recommended page gua nampak perkataan Gardening. Gua klik perkataan Like lalu bangun dari kerusi plastik dan capai Tafsir Quran.

No comments:

Post a Comment