Thursday, April 15, 2010

Nostalgia Hujung Minggu

Sinaran suria umpama begitu dengki dengan aktiviti gua pagi itu. Habis basah badan gua dilimpahi peluh. Bagaikan seorang juara, gua tetap melawan.
"sh*t, nyesal gua tido katil mamat ni," monolog gua di dalam hati.
 Hingar bingar di sebelah menambah-nambah kehangatan hati gua.
"projek apa lagi dia nak buat ni.....tak cukup cantik lagi ke asrama ni," sekali lagi hati gua memberontak.
Gua cube berubah posisi, dengan penuh gaya gua pusingkan badan gua 90 darjah ke kanan. Perlahan-lahan tangan kanan gua seluk ke arah bawah bantal. Kedua-dua kaki gua bengkokkan sedikit ke arah punggung.
Akhirnya, gua berjaya membentuk posisi kegemaran gua, posisi yang seakan-akan membentuk abjad S.

Ternyata perubahan posisi tadi membawa impak yang besar kepada segala halangan yang dengki kepada aktiviti gua pagi itu. Gua nyenyak seketika sambil didodoi dengan bunyi-bunyian yang kurang mengenakan.
Apa yang pasti, pagi ahad perlu digunakan dengan sebaiknya dengan aktiviti bermoral seperti ini. Bukan dengan menonton kartun mahu pun membuat maggi.

Bunyian mesin drill di sebelah berbunyi lemah seperti mengaku kalah untuk menghalang aktiviti gua. Lentuman loker besi dari segenap sudut asrama harmonis membentuk bunyian mirip snare dan cymbal. Semua itu gua tidak hiraukan. Dengan badan yang digenangi peluh, gua ketap rapat-rapat mata gua.


Secara tiba-tiba, badan gua dikocak-kocak sambil diselang-seli dengan seruan nama gua. Cilake. Perlahan-lahan gua buka mata. Zakwan Ahmad sudah berada di sisi katil sambil rokok berfilter putih diselit di telinga. Sungguh langsi lagak beliau. Seakan-akan faham dengan kemahuan Zakwan Ahmad, gua bingkas bangun mengambil pemetik api.

Nota :-
  1. Zakwan Ahmad telah berjaya mengepow rokok Salem daripada apek yang tengah buat wiring pada pagi itu.
  2. Zakwan Ahmad adalah penggemar hardcore rokok sejuk Nusantara Hijau
  3. Rokok Salem adalah rokok kegemaran jurulatih-jurulatih ragbi seMalaysia
  4. Posisi tidur yang membentuk abjad S adalah posisi yang paling digemari oleh gua.

No comments:

Post a Comment