Tuesday, February 1, 2011

Semua Sama Sahaja

Ok. Gua bangun awal hari ini, gara-gara kak Gayah yang pagi-pagi lagi dah gertak gua suruh bangun beli santan.
Pagi-pagi lagi gua dah dapat job. Apalah nasib gua kemudian nanti. Lepas setel job membeli santan, gua online fesbuk. Nampak ada member gua baru lepas fuck berita harian. BlaBlaBlaBlaBlaBla......berita tak penting letak front page......berita penting letak tepi......BlaBlaBlaBlaBlaBla.......inilah akibatnye kalau kalau akhbar dominasi satu pihak.............BlaBlaBlaBlaBlaBla......Gua bukak suratkabar online....


Jenis dah kalah tapi masih lagi bising.


    woi...woi...kalo asyik demo je bila kaset-kaset 'ceramah' lu orang nak sold out?
Berita Hairan?
KahKahKah
FTW!



Saturday, January 22, 2011

Misi Pencerahan Nasi Lemak

Umum mengetahui akan prestasi dan populariti karipap dalam pelbagai arena, dari arena per'miting'an hinggalah ke arena fesbuk(klik sini). Perkara-perkara begini merupakan satu perkembangan yang sihat demi memartabatkan industri pemakanan nasional. Namun, adalah amat mendukacitakan apabila mengetahui bahawa industri nasi lemak telah dilacurkan di negeri sendiri oleh sang kapitalis yang hanya tahu mengejar kekayaan.

Babi...kalau waktu pmr gua buat karangan macam perenggan atas kompom gua dapat A Bahasa Melayu. Ok. Berbalik kepada isu nasi lemak ni, gua begitu kecewa dengan perubahan ketara yang berlaku kepada industri nasi lemak dalam jangka masa 4 5 tahun kebelakangan ni. Nasi lemak zaman sekarang dah takda budaya dah sekarang. Dari segi 'packaging' membawa ke 'marketing', semua dah berubah. Dah takda lagi unsur-unsur budaya dalam nasi lemak zaman sekarang.

Pertama, nasi lemak yang berbudaya dari segi pembungkusan haruslah mengamalkan teknik pembungkusan yang akan membentuk sebuah piramid. Ini perkara asas, kalau ia tidak dibungkus dalam bentuk piramid, dikhuatiri barang yang dibungkus itu bukanlah nasi lemak, tetapi nasi kandar, nasi ayam, nasi tomato, nasi putih daging black pepper, nasi ganja atau lebih jahanam lagi adalah ganja. Selain itu, nasi lemak yang berbudaya perlu dibungkus dengan 2 lapisan, sama ada  (kertas surat khabar lama + daun pisang) atau (kertas surat khabar lama + plastik). Adalah satu kesalahan jika ada para pembuat nasi lemak yang hanya mengamalkan teknik pembungkusan satu lapisan, dan adalah lagi bangsat jika ada pembuat nasi lemak ini yang cuba menggantikan kertas surat khabar lama dengan menggunakan kertas soalan ujian diagnostik tingkatan empat. 


bersambung....

Tuesday, December 14, 2010

Tuesday, November 2, 2010

Dosa & Pahala Mark Zuckerberg

Mark Zuckerberg itu yahudi. Ya, gua tahu. Barang siapa yang tak tahu mungkin dia antara golongan-golongan yang tak pernah cemuih baca MalaysiaKini atau ralit membaca TukarTiub. Ok. Malas nak tulis panjang. Macam ni, lu orang yang berdakwah dengan menyebarkan note-note agama atau membina page-page Ustaz mahupun Ustazah dekat Facebook ni nak kira macam mane? Mark nye bahagian nanti agak-agak dapat tak kat akhirat nanti?


Dosa dan pahala hanya Tuhan saja yang tahu...

Wednesday, October 27, 2010

Ujian

Gua mulai sedar yang semester tiga ni, semua hal-hal ujian gua buat acuh tak acuh. Daripada ujian matematik hingga ke ujian micro-c, boleh dikatakan semua gua redah dengan otak yang kosong. Umpama seorang askar yang pergi berjuang ke medan perang tanpa sebarang senjata begitulah juga gua. Cuma beza gua dengan askar tu ialah gua lepas abis ujian masih lagi boleh hu ha hu ha, askar pula paling bangsat kudung sebelah kaki boleh dikira bernasib baik.

Ok, macam ni dalam pukul 8 malam nanti gua ada ujian instrumen. Sekarang dalam pukul 6 pagi gua baru sampai main 1/3 game playoff NBA ni. Kalau gua dapat trofi dalam sekali try, gua nazar khatam satu buku instrumen. Ok, gua takda masa.

Tuesday, October 19, 2010

Sampai tempat bas, bas kasi asap,
sampai lab, barang-barang dah habis,
dapat markah test, 9.5 daripada 60,
present math, merapu macam org gler
muka senyum, dalam hati sape yang tahu,
tolong jgn bagi saya masalah lagi Tuhan,
tolong...

Wednesday, October 6, 2010

Money, Sex, and Politics

Pada suatu hari, Hafifi Kamal menjemput gua melepak. Gua mula risau, bila kawan lama yang betul-betul lama tak melepak sekali tapi secara tiba-tiba mahu melepak bersama, ada dua perkara saja yang mahu diajak. Pertama, Hafifi Kamal mahu menarik gua menjadi downline  MLM. Kedua,Hafifi Kamal mahu menjemput gua ke majlis perkahwinan beliau. Dalam kes ini, perkara kedua boleh ditolak tepi sebab Hafifi Kamal yang gua, kenal lagi tak senonoh daripada gua. Jadi, gua teruskan saja jemputan Hafifi Kamal tu.

************************************************

"pum pang pum pang pum pang pum pang pum pang student power pum pang pum pang"

"pum pang pum pang pum pang ayat terakhir surah Al-Kafirun pum pang pum pang pum pang"

Gua mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju dengan Hafifi Kamal sambil mata menghadap skrin kedai mamak yang sedang menayangkan cerita Mall Cop. Hafifi Kamal terus berhujah.

"pum pang pum pang pum pang pencerahan pum pang pum pang pum pang pum pang"

"pum pang pum pang pum pang falsafah dan politik adalah dua dua entiti yang terlampau besar kontradiksinya pum pang"

Gua cuba mencelah, 

"Bon, lu bukan dah habis ke foundation?"

"Belum lagi, gua kne repeat lagi tiga paper" jawab Hafifi Kamal antara dengar tak dengar.

"Eh, menteri besar perak yang kena tipu tu dulu pangkat Ir. eh Bon...."

Hafifi Kamal terus menarik muka ke arah skrin.