Friday, October 1, 2010

Sweet Revenge

Petang ni panas. Panas seperti petang-petang yang lain. Waktu-waktu panas macam ini mase gua cuti sekolah dulu, gua da macam cacing kepanasan. Rancangan di televisyen gua ubah-ubah siarannya dari TV1 ke TV2, TV3 ke NTV 7, dan  8TV. Waktu tu gua baru 14 tahun, tingkatan dua lagi muka tak macam berader-berader langsung. Makwe-makwe sorang pun tak berkenan. Dalam kepanasan petang, gua membuat keputusan yang panas. Kak Gayah takda dekat rumah, pergi pengajian kaum ibu. Lima ringgit daripada purse Kak Gayah gua pindahkan ke purse gua. Sekarang purse gua sudah berisi, berisi dengan lima ringgit, syilling-syilling, kad pengenalan, dan business card Dragon Ball yang tertera nama Amirul Amin.

***********************************************************************************

Setengah jam kemudian, gua dah berada di Cyber Cafe. Waktu tu gua tak reti lagi bukak internet. Setakat ada emel dengan ym. YM pun ada dalam tiga orang je contact list. Cilake. Daripada gua kena belasah main Counter Strike dengan Cina, baik gua main game Tony Hawk. Dalam 20 minit gua main game ni, dekat tiga kali gua dapat buat The 900. Tiba-tiba ada tiga orang skinhead duk lepak sebelah gua. Skinhead-skinhead ni memang muka regular dekat CC ni. Selepas sembang dan lawan knowledge dengan tiga skinhead ni, gua beredar. Beredar dengan keadaan yang bengang dan poket kosong. Bas luar gua naik tanpa bayar tambang.

************************************************************************************

Sampai dekat rumah, gua terus telefon balai polis Kuale.

"Hello, balai polis pelabuhan klang ke?"
"Ye, bole saya bantu?"
"Gua nak buat laporan ni, ada satu kedai judi kuda dekat area Ocean Port Klang, tadi dalam 20 minit lepas gua ada nampak ada budak-budak sekolah melepak dekat kedai tu. Gua harap lu orang (polis) boleh buat rush sekarang. Kalau boleh tangkap sekali budak-budak sekolah tu."
"Terima kasih encik, boleh saya tahu nama encik?"
"Err....nama gua Muhsin....Muhsin Deraman."

 Gua terus letak ganggang telefon.

***************************************************************************************

Beberapa hari kemudian gua ke Cyber Cafe same sekali lagi. Kedai kuda di sebelah gua nampak tutup. Lampu hijau depan kedai tu pun tak menyala. Gua tersenyum. Gua masuk ke dalam CC pula, gua perhati seamat mungkin, skinhead-skinhead hari tu pun dah takda. Mungkin inilah apa yang selalu dikatakan orang, "Sweet Revenge". Gua tersenyum lagi.

Monday, September 6, 2010

Hutang-piutang 2

  Asal raye je orang pening kepale sebab banyak hutang, hutang perabot la, kereta baru la, nak bagi duet raye pon ade yang wat loan, tak bagi kang orang cakap sengkek plak. Nasib baik gua jenis yang beringat. Bil-bil sume gua da setel awal-awal lagi. Installment Jaguar XK hijau (klik: sini) gua setelkan terus untuk tiga bulan yang kedepan.

  Esok, Insyallah kalau ada masa gua nak singgah Alliance Bank kejap. Nak setel hutang rumah musim panas gua kat Stockholm. Ada baki 98 000 lagi gua hutang dengan bank. Alhamdulillah tahun ni baju raya gua takda hutang-hutang dengan tailor. Lu orang paham la, berhutang dengan orang Itali ni bahaya sikit. Silap-silap hari bulan nanti ada je konco-konco Al Capone datang ugut-ugut gua.

  Cerita gua berhutang dengan orang da selesai. Sekarang ni cerita orang berhutang ngan gua pulak. Sebenarnye gua bukan jenis suka berkira sangat, setakat orang hutang gua dua tiga ribu gua tak kisah sangat. Tapi kalau dah sampai tahap juta-juta gua kena berkira.

  Sebulan sebelum puasa hari tu Robert Kuok hutang gua lima juta. Kes kalah maen poker dengan gua dekat Genting. Ananda Krishnan pun same, bil letrik maxis dah tiga bulan tertonggak. Alih-alih gua jugak kena advance tiga juta gua. Syed Al-Bukhari lagi satu, nasib baik dia hutang gua tak banyak. Setakat hutang budi kirim beli makanan untuk sahur.

  Ah, lu orang yang berhutang dengan gua ni gua harap paham-paham sendiri. Jangan sampai gua keluarkan Hadis kejap lagi.

*cilake....hutang dengan budak-budak universiti siam da nak dekat rm200....mane gua nak cekau duit ni.


  

Thursday, September 2, 2010

Hutang-piutang

Asal raye je orang pening kepale sebab banyak hutang, hutang perabot la, kereta baru la, nak bagi duet raye pon ade yg wat loan ...tak bagi kang orang cakap sengkek plak...ntah camne  gua pon terjoin sekaki plak ngan geng2 underdog nie...celake tol...raye dah dekat, hutang ananda krishnan x langsai lagi(broadband maxis), utang mercun ngan kaki tarik kerete plak lagi (rahim changloon & salman palapes), utang budi gua tumpang  pokka naek kete gi kelas pon tak setel lagi...cilakak, banyak pulak gua utang orang time nak dekat2 raye nie...tu tak masok utang makan free kat hot cafe lagi...perghhh...dalam poket just nice nak bayar zakat je...memang tak berseri la raye gua taon nie.....

*faking.....gua bajet nk wat status fesbuk gua tp panjang cam haram la plak....memang tak ngam kalo djadikan status cam nie...

Wednesday, September 1, 2010

Tahun 2007

Gambar ni belum tahap rare mane pun tapi berader-berader dalam gambar ni memang rare.
Dari kiri Piji(dismissed UiTM S.Alam), Farabi(2 kali dismissed UiTM Jengka),   Zakwan(dismissed Matrik Pilah), Pojan(sibuk dengan buah hati UIA), Syed(bakal dismissed Foundation UIA), gua(dismissed Matrik Pilah), Zul @ Ayen (sibuk dengan makwe Rawang), Bamin (siam changloon tapi sibuk cakap ganu)



Monday, August 23, 2010

Society Bazaar Ramadhan

"Lu tak nak pakai helmet ke?" anak lecturer cube mengajukan soalan usai melihat gaya gua yang lenggang.
"Kitorang orang kuale laaaa...," gua menjawab sambil jari telunjuk di tuju berulang-alik ke arah dada gua dan brader Roysham. Berader Roysham tersengih jijik sambil bermain-main dengan rambut beliau agar kelihatan seakan-akan Alehandero.
"Moh kite, dah 7.15 takut nanti habis lak makanan kat bazaar," ucap brader Roysham sambil melepaskan sisa-sisa bau rokok John. Gua hembus nafas melalui mulut untuk bilas balik bau rokok John yang keluar dari mulut brader Roysham. Bau rokok pun hilang dan bertukar menjadi bau kasturi semerbak harum mewangi....
 

Tuesday, August 17, 2010

Serius

Klik sini.....

Tarik nafas........ok. Amacam? Ni nak tunggu dia nye plan suicide depan Amcorp Mall ke nak tunggu kitab dia siap?

Ok.......gua harap abang-abang kawasan semua boleh start cari anak buah. Ni hal serius. Sekali lagi. Serius.

Lagi serius dari kes awek adik beradik lari cari pakwe lain mahupun kes budak-budak buka buah dalam youtube.