Asal raye je orang pening kepale sebab banyak hutang, hutang perabot la, kereta baru la, nak bagi duet raye pon ade yang wat loan, tak bagi kang orang cakap sengkek plak. Nasib baik gua jenis yang beringat. Bil-bil sume gua da setel awal-awal lagi. Installment Jaguar XK hijau (klik: sini) gua setelkan terus untuk tiga bulan yang kedepan.
Esok, Insyallah kalau ada masa gua nak singgah Alliance Bank kejap. Nak setel hutang rumah musim panas gua kat Stockholm. Ada baki €98 000 lagi gua hutang dengan bank. Alhamdulillah tahun ni baju raya gua takda hutang-hutang dengan tailor. Lu orang paham la, berhutang dengan orang Itali ni bahaya sikit. Silap-silap hari bulan nanti ada je konco-konco Al Capone datang ugut-ugut gua.
Cerita gua berhutang dengan orang da selesai. Sekarang ni cerita orang berhutang ngan gua pulak. Sebenarnye gua bukan jenis suka berkira sangat, setakat orang hutang gua dua tiga ribu gua tak kisah sangat. Tapi kalau dah sampai tahap juta-juta gua kena berkira.
Sebulan sebelum puasa hari tu Robert Kuok hutang gua lima juta. Kes kalah maen poker dengan gua dekat Genting. Ananda Krishnan pun same, bil letrik maxis dah tiga bulan tertonggak. Alih-alih gua jugak kena advance tiga juta gua. Syed Al-Bukhari lagi satu, nasib baik dia hutang gua tak banyak. Setakat hutang budi kirim beli makanan untuk sahur.
Ah, lu orang yang berhutang dengan gua ni gua harap paham-paham sendiri. Jangan sampai gua keluarkan Hadis kejap lagi.
*cilake....hutang dengan budak-budak universiti siam da nak dekat rm200....mane gua nak cekau duit ni.
Monday, September 6, 2010
Thursday, September 2, 2010
Hutang-piutang
Asal raye je orang pening kepale sebab banyak hutang, hutang perabot la, kereta baru la, nak bagi duet raye pon ade yg wat loan ...tak bagi kang orang cakap sengkek plak...ntah camne gua pon terjoin sekaki plak ngan geng2 underdog nie...celake tol...raye dah dekat, hutang ananda krishnan x langsai lagi(broadband maxis), utang mercun ngan kaki tarik kerete plak lagi (rahim changloon & salman palapes), utang budi gua tumpang pokka naek kete gi kelas pon tak setel lagi...cilakak, banyak pulak gua utang orang time nak dekat2 raye nie...tu tak masok utang makan free kat hot cafe lagi...perghhh...dalam poket just nice nak bayar zakat je...memang tak berseri la raye gua taon nie.....
*faking.....gua bajet nk wat status fesbuk gua tp panjang cam haram la plak....memang tak ngam kalo djadikan status cam nie...
*faking.....gua bajet nk wat status fesbuk gua tp panjang cam haram la plak....memang tak ngam kalo djadikan status cam nie...
Wednesday, September 1, 2010
Tahun 2007
Gambar ni belum tahap rare mane pun tapi berader-berader dalam gambar ni memang rare.
Monday, August 23, 2010
Society Bazaar Ramadhan
"Lu tak nak pakai helmet ke?" anak lecturer cube mengajukan soalan usai melihat gaya gua yang lenggang.
"Kitorang orang kuale laaaa...," gua menjawab sambil jari telunjuk di tuju berulang-alik ke arah dada gua dan brader Roysham. Berader Roysham tersengih jijik sambil bermain-main dengan rambut beliau agar kelihatan seakan-akan Alehandero.
"Moh kite, dah 7.15 takut nanti habis lak makanan kat bazaar," ucap brader Roysham sambil melepaskan sisa-sisa bau rokok John. Gua hembus nafas melalui mulut untuk bilas balik bau rokok John yang keluar dari mulut brader Roysham. Bau rokok pun hilang dan bertukar menjadi bau kasturi semerbak harum mewangi....

Tuesday, August 17, 2010
Serius
Klik sini.....
Tarik nafas........ok. Amacam? Ni nak tunggu dia nye plan suicide depan Amcorp Mall ke nak tunggu kitab dia siap?
Ok.......gua harap abang-abang kawasan semua boleh start cari anak buah. Ni hal serius. Sekali lagi. Serius.
Lagi serius dari kes awek adik beradik lari cari pakwe lain mahupun kes budak-budak buka buah dalam youtube.

Saturday, August 14, 2010
Bila Bosan
Selepas menjadi bangang seketika gara-gara menonton Tekken gua sempat mencuri masa untuk FB. Ada lebih kurang sejam sebelum internet ditutup untuk memastikan internet yang slow menjadi kurang slow. Tetingkap folder movie gua pangkahkan dan ikon firefox gua klik dua kali. Ruangan address gua taip F dan terus gua klikan perkataan Facebook yang keluar. Macam cilake teknologi yahudi ni. Notifications yang berjumlah 17 gua hiraukan sebab takda satu pun yang datang dari makwe-makwe. Tiga new messages daripada KL Party gua delete sambil mencarut. News Feed gua usha sekali lalu je. Bosan. Tiba-tiba nama member Sg Sireh naik dekat ruang chat sambil bagi link gambar budak tak hensem posing hensem. Lepas bertukar-tukar beberapa das kutukan yang mantap dan membina, member Sg Sireh diam. Gua bosan. Gua usha recommended page gua nampak perkataan Gardening. Gua klik perkataan Like lalu bangun dari kerusi plastik dan capai Tafsir Quran.
Subscribe to:
Posts (Atom)