Monday, July 19, 2010

Abang Mat Ketum & Kak Mah Kutum

"Abaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangggggggggggg!!!!!!!!!"......teriak Kak Mah Kutum (KMK) memecah kehangatan pagi.
"Heh.........apa ni.."...Abang Mat Ketum (AMK) bangun dari sofa sambil mengtunekan kembali kain pelikat dan menutup televisyen yang sedang menayangkan rancangan Totally Spies....."pagi-pagi lagi dah menjerit-jerit ni........kalo iye pun awak minat The Rock......tunggulah malam Jumaat nanti,"....tambah AMK lagi.
"The Rock kepala bap*k abang!" KMK menjengilkan matanye sambil menunjukkan baju kemeja Paul Smith AMK.
"Ni lipstik sape ni bang???!!!"...."Lipstik jande mane ni hah???"

Lipstik purple jelas kelihatan di kolar kemeja P.S AMK.

"Eh....awak ni betul-betul dah gile eh???"...AMK menyoal.
"Itukan lispstik awak Mah oi....."
"Abang jangan nak menipu!"
"Sumpah Mah.....itu lipstik awak Mah..."
"Dah...dah....jangan nak bagi alasan......pergi tunggu saya kat dalam bilik sekarang!"
"OK!".....AMK berlalu pergi sambil mengtunekan kembali kain pelikat beliau, barangkali ketat kain pelikatnya.

Wednesday, July 7, 2010

cerita world cup

Sejak kebelakangan ni gua agak bizi. Musim cuti sekolah gua boleh dikatakan "berisi" dan "berfaedah". Selain sibuk menguruskan hal-hal syarikat Gemilang Teguh Sdn Bhd bersama Aziz Singah, gua juga sedang giat berlatih silat bersama Pak Latib Burgiba. Yang sebenarnye gua betul-betul takda masa sekarang, ini pun kes gua mencuri masa sebelum nonton Piala Dunia yang mane sudah hilang seri nye. Hilang seri nye gara-gara team feberet gua kalah awal. Juga beberapa faktor hilangnye seri Piala Dunia kali ini ialah seperti ini dan juga ini. Gua harap tahun ni Hungary menang world cup.


notaPialaDunia :-

  1. Aziz Singah ni sebenarnye usahawan Melayu yang berjaya kerana sudah 20 tahun berkecimpung dalam arena sembang juta-juta ringgit di dalam drama Melayu.
  2. Kalau ada majalah-majalah yang buat rengking "Man with Lovely FaceHair" gua rase Latib Burgiba boleh jadi Johan. Naib Johan jatuh pada Diego Maradona.
  3. Yang sebenarnye World Cup tahun ni gua sapot Selangor.

Friday, May 21, 2010

Perlanggaran Bintang Neutron(Cinta adalah Selamanya)

Aku telah mencari Kamu ketika kamu di dalam misi~~

Lalu hati Kita bersatu laksana Perlanggaran Bintang Neutron ~~

Tiada apa lagi yang harus Aku hilang ~~

Kamu telah meluangkan masa untuk memilih ~~

Lalu tanpa rasa takut dan gentar Kita memberitahu sesama Kita ~~


Cinta Kita akan selamanya ~~

Dan, jika Kita mati, kita mati bersama ~~

Namun Aku menafikannya ~~

Kerana cinta Kita akan selamanya ~~


Dunia musnah, begitu juga garisan Halo yang tidak berkilau ~~

Kita cuba membawa perubahan, namun tiada siapa yang mendengar ~~

Pujian kepada para pengkhutbah, palsu dan bangga ~~

Doktrin-doktrin mereka akan keawang-awangan ~~

Lantas mereka menghilang laksana titisan salji di lautan ~~


Cinta itu selamanya, Kita akan mati ~~

Kita akan mati bersama ~~

Namun Aku menafikannya ~~

Kerana cinta Kita, boleh selamanya ~~


Sekarang tiada apa yang Aku harus hilangi ~~

Kamu telah membuat pilihan ~~

Aku akan memberi tahu tanpa rasa takut ~~


Sesungguhnya cinta Aku selamanya ~~

Dan Kita akan mati, mati bersama ~~

Namun, akan Aku nafikanya ~~

Kerana cinta Kita adalah selamanya ~~


*******************************************************************************

rembatan ikhlas daripada lagu terbaru Muse "Neutron Star Collision (Love is Forever )"

Wednesday, May 19, 2010

Cita-cita

Cikgu sekola rendah: Lu da besa nak jadi apa??

Gua                         : Ustaz atau pensyarah atau saintis.

********************************************************

Cikgu skola menengah: Cita-cita lu apa?

Gua                            : Gua nak buat video game. Gua nak buat
                                    game sport. Badminton dengan takraw.

**************************************************************
Itu cerita mase gua beringus lagi. Tapi beringus2 gua pun, gua still ada cita-cita yang gempak dulu. Ok. Pasal nak jadi Ustaz 2 kes kaum2 ibu kat uma gua tengah musim hantar anak masuk skola asrama agama. So, kak gayah pun macam tanak kalah. Syukur musim hantar anak masuk skola asrama agama habis mase gua nak naek skola menengah.

Sekarang gua dah dewasa. Gua dah tahu apa gua nak bawak dalam hidup gua. Start esok, gua nak karang buku. Gua nak karang buku pasal history gangster Melayu. Gua harap McGraw Hill tarahal nak kawtim ngn gua kasi publish buku gua nanti.

Sunday, May 16, 2010

16 mei

Agak tak manis kalau gua tak menulis hari ni walhal hari-hari lain seperti Hari Keamatan dan Hari Menuai selamber je gua menulis. Walaupun 16 Mei ni bukan harijadi Karl Marx mahupun Henry Ford, gua tetap kene menulis juga. Hari Guru bagi bahasa standard Hari Cikgu pula sebutan bagi budak tabika, Hari Pendidik stok untuk sambutan kat universiti.

Walaupun dah banyak cikgu yang mengajar gua, dari Taman Asuhan Kanak-kanak Islam hingga la ke IKBN kuale perlis, ada satu je cikgu yang gua respek dan gua jadikan idola sepanjang hayat. Ciri-ciri yang patut ada pada semua guru dan bakal guru. 

Tegas
Tidak perlu setegas cikgu disiplin sekola rendah yang cek budak laki pakai spender ke tak g skola.
Jenis cakap lembut dan sopan tapi tangan berurat macam bruce lee. 
Kene lempang sekali teringat-ingat sampi umur 40.

Mesra
Jenis selalu ajak budak-budak lepak sekali.
Bukan jenis selalu ajak budak-budak lepak sekali pastu selit-selit raba kote budak.
Jenis gurau kasar tarahal.

Serba Boleh
Ajar biologi tapi selamber je buat puisi Sains.
Ada lesen nak post mortem mayat.
Ada bisnes khemah orang kawin.

Tak Berdendam
Jenis kete kne gores dengan budak-budak tak kecoh kat perhimpunan.
Kene kutuk belakang-belakang even dia taw dia kene kutuk still boleh ketawa.
Tak kedekut kasi restu.


SELAMAT HARI GURU DITUJUKAN KHAS KEPADA  ENCIK IDRIS NAPIAH.
 

Thursday, May 13, 2010

Piala Thomas

Time Malaysia lawan dengan Denmark tadi gua sempat lempang pipi jiran gua 2 kali. Bukan sebab dia orang
Denmark, tapi kes tak ada semangat patriotik. Jenis kutuk non-stop. Dengan gaya pernah maen badminton
wakil sekolah pastu kalah first game. C'mon guys.....yang tengah main kt gelanggang tu semua jenis smash paling laju dalam Malaysia dengan jenis selamber petik bola celah kangkang. Kalau rase-rase boleh menang dengan dorang gua kasi laluan kutuk team Malaysia pakej sekali dengan lempang pipi gua dua kali.

Saturday, May 8, 2010

Nasi Lemak Mamak

Betol. Gua tak tipu. Kali ni gua memang betul-betul jujur. Kedai mamak tu memang betul-betul 

pakai bomoh, Kalau tak, asal gua boleh teringin nak makan nasi lemak dia pagi-pagi buta ni???? 

Sh*t